140 likes | 251 Views
PENILAIAN PERMOHONAN GRAN FUNDAMENTAL. J/K Penilai BIDANG TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN. Ahli Jawatankuasa (Panel). Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Zainai bin Mohamed (KUiTTHO/Pengerusi) Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Hassan bin Basri (UKM) Y. Bhg. Prof. Dr. Ahmad Kamal bin Idris (UTM)
E N D
PENILAIAN PERMOHONAN GRAN FUNDAMENTAL J/K Penilai BIDANG TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Ahli Jawatankuasa (Panel) • Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Zainai bin Mohamed (KUiTTHO/Pengerusi) • Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Hassan bin Basri (UKM) • Y. Bhg. Prof. Dr. Ahmad Kamal bin Idris (UTM) • Y. Bhg. Prof. Dr. Nik Meriam bt Nik Sulaiman (UM) • Y. Bhg. Prof. Dr. Ahmad Faris bin Ismail (UIA) • Y. Bhg. Prof. Dr. Ruslan bin Hasan (UiTM)
Mesyuarat • Sesi I:12 -13hb Ogos 2006 (Sabtu & Ahad) • Sesi II:19 -20hb Ogos 2006 (Sabtu & Ahad) • Nota: Tugasan menyiapkan penilaian bersambung untuk menyiapkan beberapa cadangan/dokumen yang dipindahkan dari Panel lain & tidak dapat dibuat dalam dua sesi di atas. • Mesy terakhir ialah Disember 2006.
Bidang Teras Penilaian Ada lima (5) Jawatankuasa Kerja (Panel) mengikut kumpulan berikut : • Sains Tulen dan Sains Gunaan • Sains Perubatan • Teknologi dan Kejuruteraan* • Sains Sosial dan Kemanusiaan • Sastera dan Sastera Iktisas *Sebanyak 709 permohonan berjumlah RM129.1Juta
Penilaian : Kriteria Asas KPT • Penyelidikan yang dipohon adalah projek yang mampu melahirkan suatu idea baru yang akan dapat membangunkan satu penyelidikan yang lain. Hasil yang dilahirkan dari penyelidikan itu dapat membantu penyelidikan gunaan seterusnya memperolehi paten dan dikomersilkan. • Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan sains sosial bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan sejagat. • Sesuatu projek penyelidikan itu akan dapat menambahbaik sesuatu polisi dan methodologi penyelesaian yang sedia ada. • Permohonan juga dibuka untuk projek penyelidikan tumpuan utama niche IPTA serta projek-projek strategik negara (national interest) yang mampu membangun sesuatu industri untuk kepentingan negara.
Penilaian : Katagori Projek • Tiga kelompok projek akan dikenalpasti : • A. “Highly recommended” • B. “Recommended” • C. “Not Recommended”
Proses Penilaian • Oleh kerana tidak ada panduan dan struktur kerja penilaian yang boleh membantu mempercepatkan proses, maka penilaian bermula dengan memahami kriteria KPT serta mempersetujui kaedah menetapkan kos siling dan kelompok (A, B dan C) kepada cadangan penyelidikan.
Asas Penetapan Kos Siling • Projek tiga (3) tahun & Melatih “postgraduate students”: • 2 PhD atau 3 sarjana atau gabungan : siling RM100,000.00 dan minimum RM60,000.00 (termasuk perjalanan dan bahan gunahabis). • Projek dua (2) tahun & Melatih “postgraduate students”: • 1 PhD atau 2 sarjana atau gabungan : siling RM60,000.00 dan minimum RM40,000.00 (termasuk perjalanan dan bahan gunahabis). • Lain-lain unsur : Kos perjalanan yang tidak keterlaluan dan pembiayaan bahan guanahabis diberi perhatian sebagai unsur penting menjayakan aktiviti penyelidikan fundamental. • Asas kos ini dirunding berkali-kali sebelum ketetapan kos sebenar dicapai.
Asas Penetapan Kos Siling (Samb./) • Penetapan kos projek tidak mengambilkira keperluan pembelian peralatan yang tinggi harganya (seperti melengkapkan sebuah makmal baru). • Ada tanda keperluan untuk memulakan penyelidikan – “Seed Money” sebnayak RM8,000.00 hingga RM15,000.00 diberikan. • Sekiranya sesuatu projek jelas merupakan kajian fundamental tetapi pada pendapat Panel tidak memerlukan kewangan yang besar (kurang daripada RM40,000) dan akan dilakukan oleh pemohon sendiri (sebagai ahli kepada kumpulan Penyelidik yang kanan) maka satu nilai kos akan dipertimbangkan antara RM15,000.00 hingga RM40,000.00 bergantung kepada tempoh masa yang dipohon dan cadangan metologi yang dikemukakan.
Isu Penyelidikan Fundamental Untuk Kumpulan Teknologi dan Kejuruteraan Diputuskan penyelidikan fundamental kepada bidang Teknologi & Kejuruteraan meliputi kes-kes kajian (penyelidikan) seperti: • Mendapat data baru berasaskan persekitaran setempat bagi membuat ramalan dan membangun model, • Membangun model simulasi / algorithm baru dalam ICT, • Menjalankan ujikaji/ujian makmal bagi pembentukan rumusan atau membaharui rumusan (ie. empirical study), • Penghasilan mathematical model yang dapat digunakan oleh pihak lain bagi tujuan memperbaharui kaedah dan proses pengeluaran produk, • Penghasilan metodologi baru yang dapat memperbaharui proses pengeluaran produk.
Isu Penyelidikan Fundamental Untuk Kumpulan Teknologi dan Kejuruteraan • Oleh itu, sesuatu penyelidikan yang bertujuan untuk menghasilkan produk (yang tangible) selain daripada ilmu baru tidak dikategorikan sebagai penyelidikan fundamental untuk bidang teknologi dan kejuruteraan, tetapi akan diperaku sebagai penyelidikan “Applied”.
Rumusan Penilaian - Pemerhatian Ada lima jenis cadangan projek penyelidikan dirumuskan: • Pertama: Lengkap dan jelas skop kerja serta memenuhi fundamental (F) • Kedua: Tidak jelas apa yang hendak dibuat dan tidak fundamental (NF) • Ketiga: Tidak jelas apa yang hendak dibuat, tetapi cenderung fundamental (F) • Keempat: Seperti kes Pertama tetapi nilai kos projek terlalu berlebihan dan tidak munasabah walaupun memenuhi fundamental (F). Oleh itu disaran supaya mengguna dana lain (seperti gran MOSTI) • Kelima: Lengkap dan jelas skopnya tetapi bukan fundamental (NF). Iaitu “Applied” dan disaran mengguna sumber dana lain.
Catatan Tambahan • Dipersetujui bahawa untuk beberapa buah universiti (baru terutamanya) perlu diberi “seed money” bagi menggalak dan membudayakan mereka dengan aktiviti penyelidikan. Jika berasaskan kepada cadangan penyelidikan sahaja, mereka mungkin tidak layak dipertimbangkan kerana memenuhi kategori ketiga sahaja. • Projek yang memerlukan pembangunan makmal baru atau pembelian peralatan yang tinggi kosnya (melebihi RM200,000.00) (kategori keempat) tidak dipertimbangkan untuk pembelian ini tetapi disokong untuk menggunakan peralatan yang sedia ada sahaja. Untuk kes ini nilai siling sebanyak RM100,000.00 dicadangkan. • Beberapa kes yang menjadikan permohonan tidak layak untuk dipertimbangkan/ disokong adalah: • Pembantu Penyelidik (RA) atau Pegawai Penyelidik (RO) sepenuh masa tidak layak dipertimbangkan untuk gran fundamental; • Seseorang pemohon yang mengemukan lebih daripada satu projek, maka salah satu daripada projek sahaja dipertimbangkan (jika memenuhi kriteria yang ditetapkan). Lain-lainnya tidak dipertimbangkan.
Sekian …. TERIMA KASIH Zainai, 31 Januari 2007