1 / 19

HASIL PEMELAJARAN

HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat: Menentu ukur hubungan antara lambang dengan benda yang mewujudkan tanda linguistik Menginterpretasikan hubungan antara lambang dengan benda berasaskan sosiobudaya, situasi, lingkungan, waktu, tempat, tanggapan pancaindera dan pelbagai situasi. TANDA LINGUISTIK.

wyatt
Download Presentation

HASIL PEMELAJARAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat: • Menentu ukur hubungan antara lambang dengan benda yang mewujudkan tanda linguistik • Menginterpretasikan hubungan antara lambang dengan benda berasaskan sosiobudaya, situasi, lingkungan, waktu, tempat, tanggapan pancaindera dan pelbagai situasi

  2. TANDA LINGUISTIK

  3. TANDA LINGUISTIK • Ferdinand de Saussure yang dikenali sebagai bapa linguistik moden telah merincikan hubungan antara lambang dengan benda. Hubungan tersebut telah menghasilkan tanda linguistik. Konsep ini dijelaskan seperti yang berikut: Gambaran Akustik + Konsep Tanda Linguistik (bunyi) > Hubungan antara lambang dengan benda/perkara/peristiwa yang dilambangkan itu amat rumit dan kompleks, dan bergantung pula pada latar sosiobudaya, hubungan situasi, hubungan lingkungan, hubungan waktu, hubungan tempat, hubungan tanggapan indera dan hubungan pelbagai situasi.

  4. LATAR SOSIOBUDAYA • Asosiasi antara lambang dengan benda yang konkrit lebih mudah difahami dan dianalisis. Misalnya kata kertas dan rumah. Walaupun kedua-dua kata ini boleh didefinisikan dengan jelas, namun masih wujud kesamarannya. • Kata rumah mungkin bermaksud rumah banglo, rumah beratap rumbia, rumah beratap genting, rumah teres dua tingkat, rumah adat, rumah bicara, rumah butang, rmah dansa, rumah gedang, rumah gadai, rumah gila, rumah hantu, rumah haram, dan sebagainya, bergantung pada persepsi dan pengalaman seseorang tentang tempat tinggal. • Kata kertas mungkin bermaksud kertas bungkus, kertas dinding, kertas emas, kertas embun, kertas empelas, kertas graf, kertas jeluang, kertas kerja, kertas khabar, kertas kulit, kertas lukis, kertas minyak, kertas pendua, kertas positif, kertas putih, kertas rokoh, dan sebagainya.

  5. Jika kata konkrit masih terdapat masalah tafsiran, apa lagi kata yang mujarad sifatnya, seperti kata cinta, kasih, sayang, rindu. Hubungan antara lambang dengan perasaan itu tentulah lebih kompleks dan rumit untuk dijelaskan. Jika ada seratus orang sedang bercinta, maka terdapat seratus pengertian tentang cinta. • Cinta bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada negara, orang, tua, kebebasan dan lainnya • Kasih bermaksud perasaan sayang terhadap seseorang atau sesuatu, cinta. • Sayang bermaksud mengasihi, mencintai, kasihan, berasa belas, kekasih, jantung hati, terasa kesal… • Rindu bermaksud berkeinginan benar hendak berjumpa, perasaan sangat cinta akan, sangat berahi, menaruh cinta kasih…

  6. HUBUNGAN SITUASI • Hubungan situasi bermaksud makna sesuatu bentuk bahasa itu merupakan situasi yang berhubungan dengan bentuk bahasa itu. Setiap kata sama ada konkrit atau mujarad mempunyai sekumpulan kata lain yang berada dalam lingkungan yang sama. Keadaan ini dinamakan medan makna. • Setiap kata lain itu akan membantu memperjelas konsep atau makna kata itu bergantung pada elemen dalam budaya masyarakat bahasa. Universiti: institusi pengajian tinggi, pelajar, pendidikan, pengajaran, kuliah, makmal, tutorial, latihan praktik, buku, profesor, profesor madya, pensyarah, tutor, guru, dekan, ketua jabatan, mahasiswa, penyelidikan, kajian, kampus… Istana: raja, permaisuri, balairong seri, putera, puteri, bendahara, santap, bersiram, dayang, laksamana, temenggung…

  7. HUBUNGAN LINGKUNGAN • Hubungan lingkungan bermaksud perkataan yang terlingkung dalam suatu kawasan akan berobah maknanya, jika digunakan dalam lingkungan yang lain. • Mungkin terdapat lebih daripada satu makna pada satu nama atau terdapat satu atau lebih nama pada satu makna, atau terdapat lebih daripada satu nama dan satu makna. layar: kain penampung angin, kain tebal, tirai, penutup jendela/langsir, kain tempat tayangan filem… operasi: bedah, bedel atau belah, taktik dalam pembasmian jenayah, taktik perang, tindakan ekonomi, dan perjalanan (alat, pesawat, jentera)… Pokok: tema permasalahan, awan hujan, pohon… gila: lingkungan marah, gurauan, tidak sihat atau tidak waras, terlalu gemar…

  8. HUBUNGAN WAKTU * Hubungan waktu bermaksud peristiwa tertentu dapat mewujudkan kata tertentu yang dianggap bersejarah oleh sesebuah masyarakat, tetapi tidak bermakna dalam masyarakat yang lain: 1928: Sumpah Pemuda di Indonesia 1942: penaklukan Jepun di Tanah Melayu 1957: kemerdekaan Tanah Melayu 1969: rusuhan kaum yang sukar dilupakan • Hubungan waktu juga menyebabkan perubahan dalam penggunaan kata: putera/puteri, tuan/puan, pria/wanita, lelaki/perempuan, kuli/pekerja/buruh, jaga/pengawal, bahasa Melayu/bahasa Malaysia, kaum ibu/kaum wanita, tetuang udara/radio, sepatu/kasut, balang/botol, kendi/cerek, kancing/butang… • Contoh di atas menunjukkan bahawa bahasa mempunyai hubungan waktu sama ada dari aspek peristiwa, perkataan atau benda, dan waktu memainkan peranan penting dalam perubahan bahasa.

  9. HUBUNGAN TEMPAT • Hubungan tempat ditandai oleh kewujudan perkataan tertentu mengikut situasi tempat yang difahami oleh masyarakat berkenaan. Benda yang sama mungkin berbeda namanya di tempat yang berlainan: burung ketitir di Kelantan / burung merbuk di Perak, Burung wak-wak di Perak / burung kuak-kuak di Pahang, ikan kayu di Perak /ikan tongkol di Terengganu, ikan sardin / ikan tuna • Nama benda yang berasal dari tempat asalnya: kucing siam/ikan sepat siam dari Thailand,ayam goreng kentucky dari Kentucky di USA, burung kenari dari pulau Kanari di Afrika, magnet dari tempat Magnesia, bikini dari pulau Pasifik Barat • Terdapat juga nama benda atau peristiwa yang berasal daripada penciptanya: boikot, sandwic, oskar, valentine, mee Bandung… • Nama tempat seperti Tanjung Rambutan dan Pudu dilabelkan dengan makna yang negatif sifatnya.Kata kencingdanberak diasosiasikan dengan jijik dan kotor, sedangkan kata buang air kecil atau buang air besar diasosiasikan dengan tempat yang bersih dan selamat.

  10. HUBUNGAN TANGGAPAN PANCAINDERA • Hubungan tanggapan pancaindera bermaksud hubungan apa-apa yang diterima oleh pancaindera, gambaran dalam hati, dan cerapan. Pancaindera ialah deria yang lima, iaitu lidah, hidung, telinga, mata dan tangan. • Tanggapan pancaindera yang berbeda akan mengubah makna perkataan: sifat bunyi merdu dan nyaring, sifat warna terang dan gelap kata manis dapat ditanggap oleh deria rasa, dengar dan lihat: manis rasanya, manis wajahnya, manis tutur katanya perubahan tanggapan deria dalam kata pedas dan keruh: pedas masakannya, pedas tutur katanya, keruh wajahnya, keruh air di kolam itu.

  11. HUBUNGAN PELBAGAI SITUASI Peribahasa • Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, dan mengandung pengertian tertentu, tersirat atau tersurat. Peribahasa dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu bidalan, pepatah, perumpamaan, simpulan bahasa, perbilangan dan lidah pendeta: Hati: hati batu, jantung hati, buah hati, jatuh hati, mata hati, berat hati, hati ayam, hati berbulu, hati berlian, hati budi, hati nurani, busuk hati, makan hati, keras hati… Kaki: kaki bukit, kaki botol, kaki bangku, kaki gaduh, kaki langit, kaki gajah, kaki judi, kaki perempuan, kaki angan, kaki belit, kaki ampu, kaki anggau, kaki bola, kaki lawan, kaki rambu, kaki seribu, kaki songlap, kaki tridur, kaki wayang, kaki pukul… Rumah: rumah hantu, rumah ibu, rumah kilat, rumah kota, rumah syaitan, rumah piatu, rumah tak berdapur, rumah sudah pahat berbunyi, rumah makan, rumah tangga, rumah urut, rumah tutupan, rumah duka, rumah masa depan…

  12. SINONIM • Sinonim bermaksud dua kata atau lebih yang pada asasnya mempunyai makna yang sama atau hampir sama dengan kata lain, iaitu kata seerti, tetapi mempunyai bentuk luar yang berbeda. Bawa: gendong, kendong, galas, angkat, angkit, angkut, gonggong, bimbit, junjung, kandar, pikul, iring, tatang, usung… Mati: mangkat, mampus, wafat, ajal, maut, korban, kojol, berhenti, hapus, hilang, lenyap, padam, pergi, punah, pupus, reda… Cinta: angau, asmara, berahi, berkenan, cengkerama, gemar, kasih, sayang, setuju, sudi, syok, rindu, cita, menaruh hati, suka, semara, kama, hubah, hibat… Curang: akal, bidaah, bohong, belot, culas, dusta, fraud, helah muslihat, pecah amanah, palsu, jenayah, khianat, olok-olok, perdaya, pura-pura, putar, pusing, seleweng, tipu…

  13. HIPONIM • Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lebih luas, iaitu superordinatnya: layar: - bubutan: layar dekat layar agung - bulu ayam: layar pengimbang - cucur: layar segi tiga - dastor: layar kecil - gap: layar canggah tiang kapal - padau: layar ketika taufan - pengapuh: layar terbawah - penyorong: layar tiang belakang - pucuk jala: layar di belakang jip - sabang: layar tiang perahu kecil - terbang: layar segi empat - topang: layar tiang hadapan

  14. ANTONIM • Kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain. Perkataan itu digunakan untuk menekankan maksud tertentu atau hanya hiasan ujaran. Ayat Budak ini pandai sungguh, jika bermaksud Budak ini bodoh benar, dapat dikatakan antonim, iaitu pengucapan yang bermaksud sebaliknya. • Antonim juga merupakan ciri semula jadi bahasa: besar / kecil, lebar / sempit, muda / tua, baru / lama, jaga / tidur, atas / bawah, bahagia / derita, tinggi / rendah, kawan / seteru, lelaki / perempuan… • Semua kata antonim berbeda mengikut konteks penggunaannya. Misalnya seluar panjang jauh lebih pendek jika dibandingkan dengan galah pendek, istana kecil jauh lebih besar daripada buku besar…

  15. HOMONIM • Homonim ialah kata yang sama ejaan dan/atau lafaznya, tetapi mempunyai maksud yang berbeda kerana sumbernya berlainan. Homonim terbahagia dua, iaitu homograf (dari segi tulisan) dan homofon dari segi lisan homograf: semak/semak, perang/perang, selak/selak homofon: masakan/masakan, masa/massa • Semua ayat akan berbeda maksud jika dilafazkan mengikut intonasi tertentu: Menurut ibu si anak perempuan yang datang malam kelmarin itu sedih - Menurut ibu si anak perempuan yang datang malam kelmarin itu / sedih - Menurut ibu / si anak perempuan yang datang malam kelmarin itu / sedih - Menurut ibu si anak perempuan / yang datang malam kelmarin itu / sedih - Menurut ibu si anak perempuan yang datang/ malam kelmarin itu / sedih - Menurut ibu si anak / perempuan yang datang kelmarin itu / sedih

  16. POLISEM • Polisem ialah kata, frasa atau ayat yang mempunyai makna yang berbeda lebih daripada satu, tetapi berkaitan rapat antara satu sama lain mengikut konteks penggunaannya. kepala: orang, jawatan, sarung, lutut, kereta api… telur: burung, markah, benjol, idea… bunga: ros, bank, telur, kertas… bisa: dapat, boleh, racun… Puteri raja yang rajin itu: - Yang rajin ialah puteri - Yang rajin ialah raja

  17. TERJEMAHAN • Terjemahan bermaksud cara (gaya, kaedah) menterjemah. Terjemahan tepat bergantung pada corak pemikiran penterjemah terhadap bahasa sasaran, dan pengetahuan mendalam tentang bahasa sumber. to take a sit: - bawa kerusi ke mana-mana - sila duduk to carry: - bawa, angkat, angkut, tanggung, kandar, ambil, kelek, bimbing, galas, pikul, heret, gendong, gonggong, junjung, iring, tatang, usung… honey: - madu honeymoon: - bulan madu

  18. KESIMPULAN • Penghasilan bunyi bahasa dibuat mengikut sistem tertenu. Sistem ini wujud pada peringkat fonologi, morfologi, dan sintaksis • Bahasa melambangkan sesuatu objek atau mendukung konsep tertentu. Semua lambang mestilah bermakna • Hubungan lambang dengan benda atau konsep akan mewujudkan tanda linguistik • Hubungan antara lambang dengan benda/perkara/peristiwa merupakan sesuatu yang kompleks, dan bergantung pada: - latar sosiobudaya - hubungan situasi - hubungan lingkungan - hubungan waktu - hubungan tempat - hubungan tanggapan pancaindera - hubungan pelbagai situasi

  19. KATA BIJAK PANDAI • PENDIDIKAN ITU PENTING KERANA BERSIFAT PELATIHAN FIKIRAN DARIPADA PENGISIAN OTAK

More Related