270 likes | 794 Views
AYAT TERGANTUNG ATAU AYAT TAK GRAMATIS. AYAT TERGANTUNG - ayat yang tidak mempunyai a. subjek b. predikat c. ayat yang tidak sempurna maknanya. a. ayat tanpa subjek - subjek atau pelaku tidak dinyatakan dalam bahagian subjek ayat.
E N D
AYAT TERGANTUNG- ayat yang tidak mempunyai a. subjek b. predikat c. ayat yang tidak sempurna maknanya
a. ayat tanpa subjek - subjek atau pelaku tidak dinyatakan dalam bahagian subjek ayat.
Contoh:i. Pagi esok membasuh kereta.ii. Di tempat kita hidup bersatu padu.iii. Untuk mengatasi masalah dadah memerlukan kesepaduan orang ramai.
Contoh:i. Pagi esok membasuh kereta.Soalannya: - siapakah yang membasuh kereta? - ayat ini tidak mempunyai subjek khusus.
Contoh:i. Pagi esok membasuh kereta.Sewajarnya: Pagi esok abang membasuh kereta.Penerangan:- Subjeknya: abang- Pagi esok: ialah keterangan masa
Contoh:ii. Di tempat kita hidup bersatu padu.Sewajarnya:Di tempat kita masyarakat hidup bersatu padu.Penerangan:- Subjeknya: masyarakat- di tempat kita: frasa sendi
Contoh:iii. Untuk mengatasi masalah dadah memerlukan kesepaduan orang ramai.Sewajarnya: Untuk mengatasi masalah dadah kita memerlukan kesepaduan orang ramai.Penerangan:- subjek : kita- Untuk mengatasi masalah dadah: keterangan
b. Ayat Tanpa Predikat- predikat bahagian ayat tidak dinyatakan
b. Ayat Tanpa PredikatContoh:i.Dia yang menjadi.ii. Roslan yang melaporkan.iii. Mereka yang meletupkan.
i.Dia yang menjadi.Sewajarnya: Dia yang menjadi guru di sekolah itu.Penerangan:- Dia: subjek- yang menjadi: keterangan subjek
ii. Roslan yang melaporkan.Sewajarnya:Roslan yang melaporkan dari Ipoh.Penerangan:- Roslan: subjek- yang melaporkan: keterangan subjek
iii. Mereka yang meletupkan.Sewajarnya:Mereka yang meletupkan rumah itu.Penerangan:- Mereka: subjek- meletupkan: kata kerja transitif
TAMAT JUMPA LAGI