1.23k likes | 3.59k Views
Ayat Songsang. - Tujuan membawa bahagian predikat ke hadapan ayat adalah untuk memberi penegasan. - ialah susunan ayat yang predikatnya telah dikedepankan, iaitu mendahului subjek. Ayat Songsang. i. mendepankan seluruh predikat.
E N D
Ayat Songsang - Tujuan membawa bahagian predikat ke hadapan ayat adalah untuk memberi penegasan - ialah susunan ayat yang predikatnya telah dikedepankan, iaitu mendahului subjek.
Ayat Songsang • i. mendepankan seluruh predikat. • ii. mendepankan sebahagian daripada predikat. - Dalam bahasa Melayu ada dua proses mendepankan subjek dalam ayat songsang.
i. mendepankan seluruh predikat. menjadi: Selesai juga akhirnya kerja itu. Sangat baik sikap budak yang rajin itu . Belum sampai lagi pegawai saya Contoh: Kerja itu selesai juga akhirnya. Sikap budak yang rajin itu sangat baik. Pegawai saya belum sampai lagi.
ii. pendepanan sebahagian daripada predikat pendepanan frasa kerja pendepanan frasa adjektif pendepanan frasa sendi nama - bahagian-bahagian daripada predikat boleh mengalami proses pendepanan secara:
ii. pendepanan sebahagian daripada predikat Contoh: i. Anak-anak saya berkejar-kejaran di padang basah. ii. Hati saya terkilan tadi mendengar ceritanya. iii. Wanita itu duduk di situ. menjadi: i. Berkejar-kejaran anak-anak saya / di padang basah. ii. Terkilanhati saya / tadi mendengar ceritanya. iii. Duduk wanita itu / di situ. i a.pendepanan frasa kerja sahaja
Contoh: i. Dia membaca buku cerita di biliknya. ii. Hatiku terpaut kasih oleh senyumannya. iii. Budak di kampung itu kena pukul tadi. menjadi: i. Membaca buku cerita dia / di biliknya. ii. Terpaut kasih hatiku / oleh senyumannya. iii. Kena pukul budak di kampung itu / tadi. b. pendepanan frasa kerja + Objek
Contoh: i. Pelajar-pelajar itu masih tidur di bilik. ii. Mereka akan pergi ke Pangkor esok. iii. Keluarga Pak Agos pernah melancong ke Paris. menjadi: i. Masih tidur pelajar-pelajar itu / di bilik. ii. Akan pergi mereka ke Pangkor / esok. iii. Pernah melancong keluarga Pak Agos /ke Paris. c. pendepanan kata bantu + frasa kerja
i a.pendepanan frasa adjektif sahaja Contoh: i. Totoi sakit pada masa kami melawatnya. ii. Badan kami lesu sepanjang hari. iii. Jawapan Budin betul bagi semua soalan. menjadi: i. Sakit Totoi / pada masa kami melawatnya. ii. Lesu badan kami / sepanjang hari. iii. Betul jawapan Budin / bagi semua soalan. b. pendepanan frasa adjektif
Contoh: i. Buah ciku itu belum masak lagi. ii. Rumah saya masih teguh lagi. iii. Pesakit di katil nombor 5 itu sedang sakit. menjadi: i. Belum masak lagi buah ciku itu. ii. Masih teguh lagi rumah saya. iii. Sedang sakit pesakit di katil nombor 5 itu. b. pendepanan kata bantu + frasa adjektif
Contoh: i. Arahan itu daripada pengetua. ii. Barang jahitan itu untuk ibu. iii. Dia di Universiti Malaya belajar perakaunan. menjadi: i. Daripada pengetua / arahan itu. ii. Untuk ibu / barang jahitan itu. iii. Di Universiti Malaya / dia belajar perakaunan. iii. a. pendepanan frasa sendi nama
Contoh: i. Saya sentiasa berpegang pada janji yang dimeterai. ii. Ali akan menghadiri kursus pada hujung minggu ini. iii. Tan menelaah untuk peperiksaan pada akhir tahun ini. menjadi: i. Pada janji yang dimeterai / saya sentiasa berpegang. ii. Pada hujung minggu ini / Ali akan menghadiri kursus. iii. Untuk peperiksaan pada akhir tahun ini / Tan menelaah. b. pendepanan frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat
Contoh: i. Dia akan membeli rumah kalau dapat pinjaman daripada kerajaan. ii. Singh tidak datang ke sekolah kerana sakit. iii. Kita mesti bertimbang rasa agar semua orang berpuas hati. menjadi: i. Kalau dapat pinjaman daripada kerajaan / dia akan membeli rumah. ii. Kerana sakit / Singh tidak datang ke sekolah. iii. Agar semua orang berpuas hati / kita mesti bertimbang rasa. iv. pendepanan ayat keterangan
Contoh( Ayat Pasif Biasa): i. Bola berwarna merah itu saya tendang. ii. Beg yang berat di sudut bilik kami pikul. iii. Kuih karipap yang sedap itu saudara buat. menjadi: i. Saya tendang / bola berwarna merah itu. ii. Kami pikul / beg yang berat di sudut bilik. iii. Saudara buat / kuih karipap yang sedap itu. v. Songsang daripada ayat pasif kata ganti diri 1,II
Contoh( Ayat Pasif Biasa): i. Kolam itu diperdalam oleh abang saya. ii. Bilik itu diperkemas oleh kakak Adin. iii. Jalan itu dilebarkan oleh pekerjanya. menjadi: i. Diperdalam oleh abang saya kolam itu. ii. Diperkemas oleh kakak Adin bilik itu. iii. Dilebarkan oleh pekerjanya jalan itu. v. Songsang daripada ayat pasif kata ganti diri III
Contoh( Ayat Pasif Biasa): i. Diperdalam oleh abang sayakah kolam itu? ii. Akan diperkemas oleh kakakkah Adin bilik itu? iii. Belum dilebarkan oleh pekerjanyakah jalan itu? menjadi: i. Diperdalamkah kolam itu oleh Roslan? ii. Akan diperkemas bilik itu oleh kakak Adin? iii. Belum dilebarkan jalan itu oleh pekerjanya? v. Songsang daripada ayat tanya pasif kata ganti diri III
Contoh: i. Pengetua itu En. Kamarul. ii. Pengarahnya wanita muda itu. iii. Bapa saudaranya En. Tajuddin. menjadi: i. En.Kamarulkah pengetua itu? ii. Wanita muda itukah pengarahnya? iii. En. Tajuddinkah bapa saudaranya? vi. Songsang daripada ayat pasif kata tanya
Contoh: i. Yang pergi ke kedai bapa . ii. Yang berlepas petang semalam mereka. iii. Yang besar dan cantik itu rumah dia. menjadi: i. Bapakah yang pergi ke kedai? ii. Merekakah yang berlepas petang semalam? iii. Rumah diakah yang besar dan cantik itu? vii. Songsang daripada ayat pasif kata tanya ( hasil drp. proses pendepanan predikatnya )
TAMAT TERIMA KASIH