220 likes | 1.08k Views
PEMBINAAN AYAT. Strategi Membina Ayat untuk Pelajar. Teknik Membina Ayat. Kenal pasti jenis golongan kata perkataan tersebut: Kata Nama – huraian, kenangan, pedalaman Kata Kerja – melalui, mempertingkat, berbantalkan, mencampuradukkan Kata Adjektif – menyeronokkan, mentah, peka
E N D
PEMBINAAN AYAT Strategi Membina Ayat untuk Pelajar
Teknik Membina Ayat • Kenal pasti jenis golongan kata perkataan tersebut: • Kata Nama – huraian, kenangan, pedalaman • Kata Kerja – melalui, mempertingkat, berbantalkan, mencampuradukkan • Kata Adjektif – menyeronokkan, mentah, peka • Kata Tugas – sementara, oleh itu • Soalan yang diberikan boleh berbentuk perkataan atau frasa • Contoh frasa: menimbulkan masalah, membina keyakinan
Teknik Membina Ayat • Jadikan perkataan/frasa tersebut sebagai kata fokus dan fikirkan seberapa banyak perkataan/frasa yang boleh dikaitkan dengannya. • Ini disebut sebagai “Semantic Webbing”. • Gunakan PANCAINDERA kamu. • Gunakan 5W 1H jika boleh.
Peringatan • Tidak boleh menambah imbuhan, menggandakan atau menggunakannya dalam bentuk peribahasa atau kata majmuk. • Contoh: • Air – air mata (salah) • Tingkat – tingkatkan • anak - anak-anak
Peringatan • Ayat yang dibina haruslah terdiri daripada SATU ayat sahaja. Pelajar yang membina dua ayat tidak dapat markah. • Contoh: • Daging yang mentah itu dimasak oleh ibu. Daging itu baru dibelinya di pasar pagi tadi. (SALAH) • Dia terpaksa membuat pengakuan terhadap kesalahannya, dia patut menerima hukuman ringan.
Peringatan • Ayat yang kamu bina haruslah menggambarkan maksud ayat tersebut. • Contoh: • Alimah tidak suka makan daging mentah yang belum dimasak, seperti Sushi, makanan orang Jepun.
Peringatan • Pastikan ayat kamu tiada kesalahan ejaan atau tatabahasa.