730 likes | 1.26k Views
BAB 2: TEORI & KAEDAH. Prepared By: MS. NARIMAH HASHIM Jabatan Perakaunan & Kewangan Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UPM. PENGGUBALAN TEORI. Pengenalan: Istilah teori boleh digunakan dalam banyak cara dan mempunyai pelbagai definisi Teori = hipotesis = usulan (proposition)
E N D
BAB 2: TEORI & KAEDAH Prepared By: MS. NARIMAH HASHIM Jabatan Perakaunan & Kewangan Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UPM NHashim...upm...30.6.2004
PENGGUBALAN TEORI Pengenalan: • Istilah teori boleh digunakan dalam banyak cara dan mempunyai pelbagai definisi • Teori = hipotesis = usulan (proposition) • Paling mudah teori = pernyataan kepercayaan dalam satu bahasa NHashim...upm...30.6.2004
PENGGUBALAN TEORI • Penekanan definisi: • Popper-terhadap aspek empirikal (pengalaman & pemerhatian), • Braithwaite- terhadap aspek logikal NHashim...upm...30.6.2004
Penggubalan Teori • Jika teori merupakan hujah logikal, rumusan pernyataan kepercayaan itu (sama ada penerangan, ramalan atau preskripsi) disebut sebagai hipotesis • Teori begini mengandungi satu set premis (pernyataan-pernyataan) yang mempunyai kaitan logikal dan akan menimbulkan hipotesis tersebut NHashim...upm...30.6.2004
PEMBENTUKAN TEORI • Boleh dibentuk melalui: • Kaedah deduksi = taakulan daripada pernyataan am kepada pernyataan khusus; atau • Kaedah induksi = daripada pernyataan khusus kepada pernyataan am NHashim...upm...30.6.2004
CONTOH: KAEDAH DEDUKSI P1 = Semua firma menyediakan laporan kewangan untuk memenuhi keperluan maklumat semua pengguna laporan P2 = Semua pengguna laporan kewangan bimbang terhadap kemampuan firma yang dilaporkan membayar segala hutang R = Semua firma seharusnya menyediakan laporan kewangan yang melaporkan kemampuan mereka membayar segala hutang NHashim...upm...30.6.2004
Kaedah Deduksi R = P3 =Semua firma seharusnya menyediakan laporan kewangan yang melaporkan kemampuan mereka membayar segala hutang P4 = Kemampuan membayar segala hutang bagi semua firma ditunjukkan oleh nilai harta boleh realis bersih R = Semua firma seharusnya mengukur harta dengan nilai boleh realis bersih dalam laporan kewangan NHashim...upm...30.6.2004
Contoh:Kaedah Induksi P1 = Firma A dan B mengukur harta pada nilai realis bersih dalam laporan kewangan mereka P2 = Firma C dan D mengukur harta pada nilai boleh realis bersih dalam laporan kewangan mereka R = Semua firma mengukur harta pada nilai boleh realis bersih dalam laporan kewangan mereka NHashim...upm...30.6.2004
CONTOH DEDUKSI P1 = Semua akaun harta mempunyai baki debit P2 = Akaun mesin dan logi adalah akaun harta R = Akaun mesin dan logi mempunyai baki debit NHashim...upm...30.6.2004
Kaedah Induksi P1 = Akaun mesin dan logi adalah akaun harta dan mempunyai baki debit P2 = Akaun kenderaan motor adalah akaun harta dan mempunyai baki debit P3 = Akaun tanah adalah akaun harta dan mempunyai baki debit R = Semua akaun harta mempunyai baki debit NHashim...upm...30.6.2004
Penggubalan Teori • Samada satu pernyataan itu boleh dipercayai atau tidak bergantung kepada bagaimana pernyataan itu dapat meyakinkan anda mengenai kebenarannya • Isu ini telah lama menghantui ahli-ahli falsafah • Bidang epistimologi – melibatkan pengajian mengenai perolehan pengetahuan NHashim...upm...30.6.2004
Penggubalan Teori • Ahli saintis sains semulajadi telah menunjukkan bahawa kaedah yang digunakan mereka berjaya memberi jawapan yang tangibel • Rumusan – perakaunan boleh menggunakan pendekatan ahli sains semulajadi NHashim...upm...30.6.2004
Penggubalan Teori • Oleh kerana perakaunan juga merupakan sains sosial, proses pengukuran dan teknikal Maka ahli teori perlu berwaspada akan andaian yang digunakan dalam ‘kaedah saintifik’ untuk penggubalan teori perakaunan • Perlu membentangkan pandangan yang alternatif NHashim...upm...30.6.2004
PENGGUBALAN TEORI • Pertelingkahan utama berlaku di antara kaedah saintifik dengan kaedah semulajadi • Kaedah saintifik lebih berstruktur dan rekabentuk penyelidikan lebih terkawal dan teknik-teknik penyelidikan lazimnya distrukturkan mengikut sekuen yang tersusun NHashim...upm...30.6.2004
Penggubalan Teori • Kaedah semulajadi menolak pendekatan yang berstruktur dan mendakwa bahawa teori boleh dijumpai oleh ahli penyelidik yang pasif dan tidak menonjolkan diri, dan mereka mungkin tiada mempunyai pra-tanggapan langsung mengenai masalah penyelidikan yang ingin dikaji atau pun bentuk penyelidikan yang akan dijalankan nanti NHashim...upm...30.6.2004
Bahagian Teori • Teori mesti dinyatakan dalam satu bahasa samada secara pertuturan atau secara matematikal • Pembangunan teori bermula dalam dunia abstrak ia itu minda manusia tetapi mesti diakhirnya dikaitkan kepada dunia benar ia itu pengalaman di dunia NHashim...upm...30.6.2004
BAHAGIAN TEORI • Teori mempunyai 3 bahagian atau 3 perhubungan: • Sintaktik, • Semanti, dan • Prakmatik • Sintaktik – merujuk kepada perhubungan logikal dalam susunan perkataan teori berkenaan NHashim...upm...30.6.2004
Bahagian Teori • Perhubungan ini ada hubungkaitnya dengan peraturan bahasa yang digunakan • Jika bahasa inggeris, mesti akur dengan peraturan ‘grammar’nya • Jika teori itu berbentuk persamaan matematikal maka mesti akur kepada peraturan matematik NHashim...upm...30.6.2004
Bahagian Teori • Kegunaan utama teknik sintaktik dalam sains telah dipengaruhi oleh falsafah Greek bernama Plato • Ia mendakwa bahawa hanya satu rasional bagi ciri semulajadi sains, ia itu yang menggunakan matematik sebagai asas NHashim...upm...30.6.2004
Bahagian Sintaktik • Plato menyarankan kaedah analitikal. Metodologi ini secara asasnya bergantung terhadap ‘syllogism’ – mengandungi premis dan rumusan • Pernyataan itu benar kerana bentuk pernyataan itu betul • “The square on the hypotenuse of a right angled triangle is equal to the sum of the squares on the other two sides” = Pythagoras theorem • Pernyataan ini benar mengikut peraturan matematik dan boleh diuji benar NHashim...upm...30.6.2004
Bahagian Sintaktik • Usulan analitikal memerlukan penetapan kepada satu set peraturan, definisi atau pun premis yang telah dipersetujui terlebih dulu • Kesahihan usulan analitikal ini hanya memerlukan ujian logik sahaja • Sintaktik berhubungkait dengan aliran logik dan bukan terhadap ketepatan pernyataan mengenai dunia benar NHashim...upm...30.6.2004
Rumusan • Penilaian bahagian sintaktik sesebuah teori hanya melibatkan pengesahan agar premis itu benar, maka rumusan mestilah benar NHashim...upm...30.6.2004
Bahagian Semantik • Semantik berhubungkait dengan kepentingan makna atau erti perkataan kepada manusia • Konsep asas dalam teori ada kaitan dengan objek dalam dunia sebenar • Harta = • Tanggungan + Ekuiti Pemilik NHashim...upm...30.6.2004
BAHAGIAN SEMANTIK • Adalah pernyataan yang abstrak. Apabila dikaitkan dengan dunia perniagaan, atau bidang perakaunan maka pernyataan itu menjadi benar atau betul • Kebenaran atau ketepatan semantik dibentuk dengan merujuk kepada ketepatan penerangan mengenai dunia benar NHashim...upm...30.6.2004
Bahagian Prakmatik • Prakmatik berhubungkait dengan kesan perkataan atau simbol kepada manusia • Ciri semulajadi perakaunan memerlukan teori yang menyeluruh mesti mempunyai orientasi yang prakmatik kerana: • Minat terhadap bagaimana konsep perakaunan dan hubungannya dengan objek atau peristiwa dunia-benar memberi kesan kepada perlakuan manusia NHashim...upm...30.6.2004
Bahagian Prakmatik • Minat ini juga ditunjukkan dalam satu daripada objektif perakaunan ia itu perakaunan seharusnya memberi maklumat yang berguna untuk membuat keputusan oleh pihak tertentu yang berminat • Pendekatan yang digemari ramai untuk penggubalan teori adalah model keputusan • Premis asal model keputusan adalah maklumat perakaunan mesti memenuhi keperluan maklumat pengguna NHashim...upm...30.6.2004
Bahagian Prakmatik • Pendekatan lain adalah dengan memerhatikan bagaimana manusia menunjukkan tindakbalas yang berbeza-beza kepada mesaj yang sama • Pengumuman sesuatu piawai mungkin mendorong sebahagian pengurus untuk menyokong piawai tersebut, wal hal sebahagian lagi akan melobi agar ianya ditarikbalik. NHashim...upm...30.6.2004
Bahagian Prakmatik • Atau pun pelabur-pelabur mungkin membeli atau menjual saham selepas melihat maklumat perakaunan yang sama yang dibentangkan dalam penyata-penyata kewangan. NHashim...upm...30.6.2004
Pengujian Teori • Satu fungsi penting dalam metodologi sains adalah pengujian teori untuk menentukan samada ianya layak diterimapakai • Apa dia ‘benar?’ • Definisi ‘benar’ melibatkan kita menangani persoalan bagaimana kita tahu pernyataan itu adalah benar atau betul NHashim...upm...30.6.2004
Penggujian Teori • Bertahun-tahun ahli falsafah telah berusaha untuk menjawab persoalan ini tetapi tidak begitu berjaya • Mereka cadangkan agar kriteria ‘benar’ lebih mudah untuk diamalkan • Contoh kriteria untuk wanita cantik adalah tinggi, kulit bersih & puith, rambut mayang mengurai, senyuman yang menawan NHashim...upm...30.6.2004
Pengujian Teori • Lazimnya ada banyak cara untuk seseorang mempercayai samada pernyataan itu benar atau bohong • Asasnya bergantung kepada satu faktor kritikal – pihak yang dianggap mempunyai kewibawaan yang menyokong sesuatu pernyataan itu • Faktor kewibawaan pula berbeza antara manusia, walau bagaimana pun manusia mempunyai keyakinan yang berbeza terhadap kriteria yang berbeza untuk mengenalpasti apa yang benar NHashim...upm...30.6.2004
Kriteria Benar Ada 3 kriteria atau asas kewibawaan: • Asas dokmatik • Asas terbukti-sendiri • Asas saintifik Asas dogmatik: • Mengikut kelaziman, kita mempercayai satu pernyataan itu benar kerana diberi oleh seorang yang berwibawa Kita mempercayai apa yang kita baca dalam akhbar, apa yang disampaikan oleh guru atau buku teks NHashim...upm...30.6.2004
Asas Dokmatik • Kita sendiri tidak mampu atau tidak boleh menjalankan pengujian • Keyakinan dokmatik bergantung kepada orang/pihak yang membuat pernyataan tersebut • Keyakinan itu timbul akibat kepercayaan ugama, politik, latihan yang diperolehi, karisma, pentauliahan atau kedudukan seseorang/pihak • Akauntan terimapakai peraturan dan perundangan tertentu akibat pengesahan yang berasaskan dokmatik NHashim...upm...30.6.2004
Asas Dokmatik • MASB meluluskan piawai yang akan diterimapakai oleh pengamal perakaunan • Cara ini diingini kerana dapat menimbulkan keseragaman dalam amalan • Isu yang mungkin dipertikaikan – samada keyakinan terhadap pihak yang berwibawa itu tepat NHashim...upm...30.6.2004
Kelemahan – Asas Dokmatik • Bukti dalam diri sendiri yang bersandarkan kecenderungan peribadi diterima sebagai penentuan ‘benar’ bukan bukti yang objektif digunakan NHashim...upm...30.6.2004
Asas Terbukti-Sendiri • Caranya adalah dengan menentukan keberpatutan, berkebolehan diterima akal atau kejelasan dengan berasaskan pengetahuan am, pengalaman dan pemerhatian • Contoh ‘Perakaunan melibatkan penggunaan harga pasaran’ – maka terbukti sendiri pernyataan ini benar tanpa membuat kajian empirikal untuk menentukan kebenarannya • Mengikut metodologi sains, ini peringkat pertama NHashim...upm...30.6.2004
Asas Terbukti-Sendiri • Tidak kira dari mana idea itu timbul apabila menggubal sesuatu teori, walau pun dalam mimpi • Yang penting bagaimana teori itu diuji. Jika ujian hanya menggunakan asas terbukti-sendiri, maka kebolehpercayaannya diragui • Kriteria terbukti sendiri telah menunjukkan bahawa ianya tidak boleh dipercayai dalam sains kerana ada usulan sains yang dahulunya terbukti-sendirinya benar sekarang didapati salah NHashim...upm...30.6.2004
Asas Terbukti-Sendiri • Contoh: Dalam zaman Copernicus (1472 –1543) seorang ahli astronomi dan sebelum teleskop tercipta, pernyataan mengenai planet Venus yang diterima benar oleh semua ahli astronomi adalah: “Venus jika dilihat daripada dunia, tidak menunjukkan perubahan saiz yang ketara dalam tempoh setahun” • Selepas teleskop tercipta: “Saiz planet Venus kelihatan berubah dengan ketaranya dalam tempoh setahun” NHashim...upm...30.6.2004
Asas Saintifik • Ramai yang berpendapat bahawa asas saintifik merupakan satu kaedah yang kukuh dan memberi temuan yang berpotensi • Dan setiap bahagian dalam penggubalan teori sains memerlukan kaedah saintifik yang berbeza-beza • Namun demikian, cara bagaimana teori sains digubalkan, diuji dan dikembangkan merupakan satu isu yang serba kontroversi dan menimbulkan pertelingkahan dalam falsafah sains NHashim...upm...30.6.2004
Asas Saintifik • Dalam sains, sesuatu teori dikatakan bermakna jika boleh diuji - samada melalui pengujian sintaktik atau pengujian induksi • Sintaktik bermakna pernyataan teori itu bolehdipercayai benar atau tidak benar hanya melalui logik taakulan. • Siasatan ke atas peraturan sintaktik menjadi asas ujian, kebolehpercayaan dakwaan dan kebenaran teori itu boleh dibentuk tanpa merujuk kepada pengalaman perasaan NHashim...upm...30.6.2004
Ujian Sintaktik • Contoh 1: ‘2 + 2 = 4’ boleh ditentukan benar hanya merujuk kepada peraturan arithmetik • Contoh 2: ‘Semua singa adalah binatang’ boleh diputuskan benar berasaskan definisi perkataan yang digunakan • Pernyataan sedemikian boleh disebut ‘apriori’- boleh dikatakan benar melalui taakulan, tanpa perlu diuji melalui pemerhatian kepada peristiwa di dunia benar NHashim...upm...30.6.2004
Ujian Sintaktik • Ujian bagi ketekalan logik adalah ujian bagi kebolehpercayaan perbalahan atau teori • Sebelum hipotesis yang timbul daripada teori boleh dikatakan betul atau salah, ketepatan premis yang digunakan dalam pembangunan teori yang melibatkan persamaan di dunia benar dalam hipotesis itu mesti juga diuji NHashim...upm...30.6.2004
Ujian Induksi • Kebenaran atau kepalsuan pernyataan hanya boleh diketahui dengan merujuk kepada bukti empirikal • Kebenaran dinilai mengikut persamaannya dengan pemerhatian yang dibuat terhadap fenomena dunia benar • Maka pernyataan itu dikatakan ‘a prosteriori’- yakni bukti empirikal itu mesti tiada prasangka, berbentuk luaran dan diumumkan agar boleh disahkan oleh penyelidik lain NHashim...upm...30.6.2004
Ujian Induksi • Isu yang sering berkontroversi dalam epistemologi sains – teori harus bermula daripada asas sintaktik atau asas empirikal atau induksi • Perbalahan falsafah ini telah timbul semenjak zaman Greece lagi • Aristotle (384 –322BC)bertindakblas terhadap pendapat Plato (427 – 347BC) yang menggunakan matematik dengan mengatakan ia nya adalah terlalu umum, terlalu abstrak, dan terlalu tersingkir jauh daripada pengalaman sebenar NHashim...upm...30.6.2004
Ujian Induksi • Metodologi sains mengikut Aristotle adalah pengalaman empirikal dan ia menyokong metodologi induksi • Para induksi mempercayai bahawa semua sains bermula dengan fakta hasilan pemerhatian empirikal dan sains berkembang dengan berterusan melakukan pemerhatian dan eksperimen NHashim...upm...30.6.2004
Ujian Induksi- Kelemahannya • Diandaikan para saintis mempunyai pacaindera yang normal dan tidak terjejas • Dan mereka seharusnya merekod dengan benar apa yang diperhatikan tanpa wujud sebarang prasangka dalam tanggapan dan minda mereka NHashim...upm...30.6.2004
Ujian Induksi • Pemerhatian itu menjadi asas untuk teori dan perundangan yang membentuk ilmu sains • Para induksi juga mempercayai bahawa pemerhatian boleh secara logik membentuk undang-undang sejagat dan hipotesis sains disahkan melalui penyelidikan empirikal NHashim...upm...30.6.2004
Syarat bagi Mengesahkan Kenyataan Umum • Bilangan pernyataan pemerhatian yang membentuk kenyataan umum itu mestilah cukup besar • Pemerhatian itu mesti boleh diulangi dalam banyak keadaan lain • Tiada penyataan pemerhatian yang diterima akan bertentangan dengan undang sejagat yang terbentuk (Chalmers 1982) NHashim...upm...30.6.2004
Samb(3)Contoh program penyelidikan yang tipikal • Di mana vi = 0 jika harta i diukur pada kos atau dengan penilaian bebas = 1 jika harta tidak diukur pada kos atau dengan penilaian bebas n = bilangan harta yang direkodkan oleh firma Hipotesis 1:Firma yang mempunyai hutang dalam struktur modal menilai harta pada kos atau dengan penilaian bebas lebih daripada firma yang tiada hutang dalam struktur modal mereka NHashim...upm...30.6.2004
Falsafah Positifsme Logikal • Semua pernyataan bermakna mesti boleh diuji. Ada 2 akibat: • Apa jua yang tidak boleh disahkan secara empirikal tidak berguna • Semua pernyataan teoritikal mesti boleh dijadikan pernyataan yang dapat diperhatikan dengan serta merta NHashim...upm...30.6.2004