1 / 12

BAB 1 PENDAHULUAN A. LATARBELAKANG KAJIAN

Download Presentation

BAB 1 PENDAHULUAN A. LATARBELAKANG KAJIAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KAJIAN TINDAKAN KEMURUNGAN DI KALANGAN GURU KAUNSELING SEKOLAH MENENGAHOLEH:Tn Harun b. Ujang, MP Raja Melewar, N.SembilanCik Salamiah bt Nordin, SMK LajauTn Hasbullah b. Hj Abu Kassim, SMK Taman Melati, Setapak, KLTn Roslan b. Mansor, SMK Paya Besar, Kuantan, Pahang.Tn Zulkipli b. Ibrahim, SMK Zon R1 Wangsa Maju, KLPn Kasnimi bt Mat Seman, SMK Dato` Biji Wangsa, Pn Alawiyah Safinas bt Ishak, SMK (P) MethodistTn Wan Mazlan b. Wan Ahmad, SMK Chendering, TerengganuTn Mohd Adi b. Ismail, SMK Derma, PerlisTn Azman b. Talib, SMK Datuk Mansur, Bahau, N.SembilanPn Rosnani bt. Kamaruddin, SMK Sains Seremban, N. SembilanPn Normadiah bt. Yussof, JPN WP Labuan, SabahPn Normazuin bt Yahaya, SMK Puchong Utama (1), Selangor.

  2. BAB 1 • PENDAHULUAN • A. LATARBELAKANG KAJIAN • Gangguan kemurungan ( depression ) adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan badan, perasaan dan fikiran. Antara cirinya adalah ia bukan bersifat sementara dan bukan sesuatu yang boleh ditamatkan atau dihilangkan dengan keinginan semata-mata. Individu yang murung tidak dapat pulih dengan sendiri kecuali dengan bantuan pakar dan ubat-ubatan. Jika kemurungan ini tidak dirawat, ia boleh perpanjangan beberapa bulan ataupun tahun malah ia boleh menyebabkan penyakit fizikal serta meningkatkan risiko membunuh diri.

  3. Kemurungan merupakan satu keadaan emosi yang sangat mendalam dan perasaan sedih yang tidak realistik. Mereka yang mengalami kemurungan mungkin mempunyai petanda-petanda yang berikut iaitu berasa hilang tenaga untuk melakukan sesuatu, hilang minat dengan aktiviti harian seperti makan dan minum, berasa diri tidak lengkap, mudah menangis, berasa pesimis, berasa tidak berdaya, berasa sunyi sepi, suka bersendirian, mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang lain.

  4. Lazimnya, kemurungan disebabkan oleh faktor luaran terutama kehilangan sesuatu yang mempunyai pengertian yang yang mendalam dalam kehidupan kita. Antara perkara boleh menyebabkan kemurungan ialah gagal dalam pekerjaan atau dibuang kerja, mengalami kerugian dalam perniagaan , ditinggalkan oleh orang yang disayangi atau mengalami kematian orang yang disayangi. Terdapat beberapa ciri kemurungan. Mengikut Hirschfeld dan Cross, lebih ramai wanita mengalami perasaan ini daripada lelaki. Ia sering terdapat di kalangan mereka dari kumpulan sosioekonomi yang rendah. Mereka yang tidak berkahwin lebih besar mengalami perasaan murung. Perasaan ini boleh melanda orang dari mana-mana kumpulan umur. Seterusnya perasaan murung boleh ditanggung lama oleh seseorang. • Kemurungan di kalangan Guru Kaunseling di sekolah menengah ( selepas ini disebut GKSM)

  5. B. PERNYATAAN MASALAH • Melihat kepada perkembangan semasa didapati semakin banyak isu kemurungan yang timbul berkait dengan perkhidmatan GKSM. Disamping itu terdapat banyak rintihan dan keluhan yang disuarakan oleh GKSM di akhbar-akhbar, seminar-seminar dan program-program perkembangan diperingkat daerah dan negeri.

  6. C. OBJEKTIF • 1. Dapat mengenal pasti faktor-faktor kemurungan dikalangan GKSM • 2. Dapat melihat kesan kemurungan dikalangan GKSM terhadap • perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. • 3. Dapat menilai implikasi kemurungan terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

  7. D. KEPENTINGAN KAJIAN • Kajian ini dibuat dengan tujuan untuk melihat sejauh mana tahap kemurungan dikalangan GKSM dan kesannya kepada perkhidmatan kaunseling di sekolah menengah. • Untuk mempertingkatkan lagi tahap perkhidmatan GKSM di sekolah. • Hasil kajian akan digunakan untuk membina modul bagi diguna pakai bagi memantapkan semula perkhidmatan GKSM disekolah

  8. E. LIMITASI • 1. GKSM kategori Bandar yang mempunyai lebih dari seorang guru kaunseling. • 2. GKSM sepenuh masa yang diberi jadual mengajar oleh pentadbiran sekolah. • 3. GKSM yang berkelulusan selain daripada pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling.

  9. F. ANDAIAN. • Kemurungan lebih jelas berlaku dikalangan GKSM yang tiada latar belakang kaunseling tetapi dilantik oleh JPN sebagai Kaunselor Pelajar sepenuh masa dan diberi pula tugas mengajar oleh pihak pentadbiran sekolah.

  10. G. DEFINISI OPERASIONAL • GURU BIMBINGAN & KAUNSELING SEPENUH MASA • Adalah seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang mempunyai latarbelakang pendidikan ijazah pertama Bimbingan & Kaunseling dan Psikologi atau selainnya yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Kaunselor Pelajar Sepenuh Masa di sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia.

  11. KEMURUNGAN • Gangguan kemurungan ( depression ) adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan badan, perasaan dan fikiran. Mereka yang mengalami penyakit ini akan berasa sedih atau `kosong` secara berpanjangan serta hilang semangat untuk hidup. (Bil.5/2001, Buletin Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan). • SEKOLAH MENENGAH KATEGORI KAWASAN BANDAR • Adalah sekolah-sekolah menengah harian yang terletak di dalam kawasan bandar.

  12. SEKIAN TERIMA KASIH

More Related