300 likes | 834 Views
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ialah aktiviti yang dilaksanakan di sekolah sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu perkara atau mata pelajaran. PBS merupakan satu atau beberapa tugasan
E N D
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ialah aktiviti yang dilaksanakan di sekolah sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu perkara atau mata pelajaran
PBS merupakan satu atau beberapa tugasan yang dilaksanakan di sekolah sebagai sebahagian daripada keperluan pensijilan
Ciri Mesti dijalankan di sekolah Di nilai oleh sekolah (guru, rakan, murid sendiri, ibu bapa) Segala perbelanjaan ditanggung oleh pihak sekolah Tidak one off Dilaksanakan dalam tempoh masa yang panjang Mengamalkan pentaksiran untuk pembelajaran yang lebih baik (Assessment for better learning)
Kesahan PBS Kebolehpercayaan
KESAHAN Kesahan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu dapat menggambarkan cukup cakup tentang perkara yang ditaksir dan perkara yang ditaksir itu relevan. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran.
KEBOLEHPERCAYAAN Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan.
Penyelarasan Proses untuk memastikan pentaksiran dijalankan dgn betul dan seragam. Tumpuan diberi kepada kefahaman peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor
Penyelarasan Dilakukan untuk memastikan berlakunya keadilan dan ketekalan dalam pemberian skor
Apa itu pemantauan ? Pemantauan ialah satu proses untuk melihat dan memastikan sesuatu program PS dilaksanakan mengikut prosedur dan jadual yang telah ditetapkan.
Mengapa dilaksanakan pemantauan ? Untuk mengelakkan penyelewengan dalam sistem pentaksiran berasaskan sekolah di mana pentaksir melakukan pentaksiran tidak mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan.
FAIL DOKUMENTASI PBS • FAIL PENGURUSAN PBS – 2. FAIL SKOR PBS (BMI DAN PROFIL INDIVIDU)
KANDUNGAN FAIL PENGURUSAN - BUKU PANDUAN PELAKSANAAN PBS - LPM - PEKELILING DRP. LPM DAN UPP JPN - SENARAI JAWATANKUASA PBS SEKOLAH - SURAT LANTIKAN PENTAKSIR SEKOLAH - JADUAL PELAKSANAAN PBS
KANDUNGAN FAIL PENGURUSAN BUKU PANDUAN PELAKSANAAN PBS - LPM PEKELILING LPM & JPN SENARAI JK PBS SEKOLAH SURAT LANTIKAN KPS & PS JADUAL PELAKSANAAN PBS
KANDUNGAN FAIL SKOR ULBS PROFIL INDIVIDU TINGKATAN 5 BORANG MARKAH INDUK TINGKATAN 5 BORANG MARKAH INDUK TINGKATAN 4 PROFIL INDIVIDU TINGKATAN 4