470 likes | 989 Views
Apakah PBS?. Pentaksiran yang dirancang, ditadbir, diskor dan dilapor oleh sekolah.LPM menyediakan instrumen merangkumi piawai, kriteria, panduan dan peraturanBertujuan membolehkan calon mengukur tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai berbanding kriteria yang ditetapkanMembolehkan cal
E N D
1. Pentaksiran Berasaskan Sekolah Sektor Penilaian dan Peperiksaan
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah
2. Apakah PBS? Pentaksiran yang dirancang, ditadbir, diskor dan dilapor oleh sekolah.
LPM menyediakan instrumen merangkumi piawai, kriteria, panduan dan peraturan
Bertujuan membolehkan calon mengukur tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai berbanding kriteria yang ditetapkan
Membolehkan calon memperbaiki pencapaian diri (assessment for learning)
3. Konsep PBS Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan tentang murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.
4. Konsep PBS Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
5. Konsep PBS Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
6. Konsep PBS Dilaporkan di peringkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
7. Konsep PBS Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah
8. Konsep PBS Dimoderasikan merujuk kepada usaha memastikan tiap-tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti
9. Konsep PBS Kesahan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu dapat menggambarkan cukup cakup tentang perkara yang ditaksir dan perkara yang ditaksir itu relevan. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran
10. Konsep PBS Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan.
11. Konsep PBS Pelaporan positif - skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa
12. Komponen PBS Projek
Calon melaksanakan tugasan di sekolah
LPM membekalkan panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
Markah dihantar kepada LPM
Sekolah mengeluarkan sijil
13. Komponen PBS Kerja Kursus / PEKA
Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
LPM membekalkan panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
Markah dihantar kepada LPM
Sekolah mengeluarkan sijil
14. Komponen PBS Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)
Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
LPM membekalkan panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
Markah dihantar kepada LPM
Sekolah mengeluarkan sijil
15. Komponen PBS Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)
Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran
LPM membekalkan panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
Sekolah mengeluarkan sijil
16. Komponen PBS Modul
Calon ditaksir kompetensinya mengikut spesifikasi
LPM membekalkan modul pentaksiran sebagai panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
Markah dihantar kepada LPM
Sekolah / LPM mengeluarkan sijil
17. Dasar Pelaksanaan PBS Pelaksanaan ditadbir mengikut kuasa yang diberikan kepada Pengarah Peperiksaan di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Seksyen 67, 68 dan 69
Sekolah memastikan infrastruktur dan kelengkapi fizikal ada sebelum menawarkan mata pelajaran yang ada komponen PBS
Sekolah memohon kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri 2 tahun sebelum
Sekolah bertanggungjawab memastikan skor yang diberikan kepada calon adalah sahih berdasarkan evidens yang autentik
18. Dasar Pelaksanaan PBS Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan evidens calon termasuk evidens produk calon yang berpindah
Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan skor calon termasuk penghantaran skor ke LPM
Semua calon yang mendaftar mata pelajaran yang ada komponen PBS wajib melaksanakan PBS termasuk calon yang mengulang
Murid yang tidak melaksanakan PBS akan dianggap tidak hadir. Sekolah boleh memohon pengecualian kepada Pengarah Pelajaran Negeri dengan mengemukakan dokumen sokongan
19. Dasar Pelaksanaan PBS Calon yang berpindah pusat perlu memilih sekolah yang menawarkan mata pelajaran yang diambil. Sekolah asal calon bertanggungjawab menghantar semua bahan dan dokumen pentaksiran ke sekolah baru
Calon wajib melaksanakan PBS berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi mata pelajaran tersebut
20. Ciri-ciri PBS Keserasian dengan kehendak kurikulum
Mengambilkira kemahiran, sikap dan nilai murni yang ingin dikembangkan dalam P&P
Berpusatkan calon
Aktiviti dibuat sendiri oleh calon. Skor berdasarkan kriteria dan tidak relatif kepada calon lain
Luwes
Tidak rigid dari segi jadual, tempat dan kaedah – ditaksir bila calon bersedia
Berpaksikan pembinaan insan
Menanam aspek nilai murni
21. Ciri-ciri PBS Telus dan terbuka
Calon berpeluang mengetahui apa ditaksir, bila ditaksir, bagaimana dan di mana pentaksiran dibuat
Kebolehlaksanaan dan sistematik
Format mengambilkira aspek pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan dengan sistematik
Kepelbagaian instrumen
Untuk memberi cakupan yang luas dan evidens yang banyak untuk menggambarkan pencapaian sebenar calon
Formatif dan berterusan
Calon diberi peluang untuk meningkatkan pencapaian dan memperbaiki skor
22. Ciri-ciri PBS Mempunyai skor
Skor mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi jika dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan
Pelaporan positif
Skor dilaporkan untuk menggalakkan calon memperbaiki tahap penguasaan dari semasa ke semasa
Penyelarasan dan pemantauan berterusan
Untuk memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur
23. Perancangan Pentaksiran Perancangan
Perancangan yang teliti dilaksanakan antara Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan pelaksana PBS yang telah dilantik.
Penataran
Penataran ialah pendedahan tentang Konsep, Kerangka dan Dasar program PBS kepada pihak yang terlibat dengan pelaksanaan PBS seperti pentadbir sekolah, pemantau, penyelaras, pentaksir sekolah dan murid-murid tentang pelaksanaan PBS.
24. Perancangan Pentaksiran Pelaksanaan Pentaksiran
Pelaksanaan PBS ialah mentaksir perkara yang hendak ditaksir dalam PBS mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti dalam buku Format Pentaksiran
Penyelarasan
Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PBS dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor.
25. Perancangan Pentaksiran Pemantauan
Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan program PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Pengesanan
Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan serta impaknya untuk tujuan memperbaikiaprogram itu.
26. Perancangan Pentaksiran Laporan
Penyelaras, Pemantau dan Jabatan Pendidikan Negeri akan membuat laporan mengenai pelaksanaan PBS untuk penambahbaikan.
27. Pentadbiran PBS JK Peringkat Kebangsaan
JK Peringkat Negeri
JK Peringkat Daerah
JK Peringkat Sekolah
28. JK Peringkat Kebangsaan Penasihat: Pengarah Peperiksaan
Pengerusi: Timb Pengarah Pep (Operasi)
Naib Pengerusi: Ketua Sektor SPPMALN
Setiausaha: KPP SPPMALN
AJK: Semua pegawai mata pelajaran
Semua pegawai pembina
Ketua Pentaksir Kebangsaan
29. JK Peringkat Negeri Penasihat: Pengarah Pelajaran Negeri
Pengerusi: Timbalan Pengarah PelajaranNegeri
Naib Pengerusi 1: Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Naib Pengerusi 2: Ketua Sektor Penilaian & Peperiksaan
Setiausaha 1: KPP Penilaian & Peperiksaan
Setiausaha 2: KPP Pengurusan Akademik
Ahli Jawatankuasa : Ketua Jemaah Nazir Negeri
Ketua Sektor Pendidikan Islam
Pen Pengarah Penilaian dan Peperiksaan
Pen Pengarah Sains & Matematik
Pen Pengarah Teknik & Vokasional
Pen Pengarah Sains Sosial & Kemanusiaan
Pen Pengarah Bahasa
Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Ketua Pentaksir Kebangsaan
Ketua Pentaksir Negeri
30. JK Peringkat Daerah Pengerusi: Pegawai Pelajaran Daerah
Setiausaha: Pen PPD (Akademik)
AJK: Pen PPD (T & V)
Pen PPD (Bahasa)
Pen PPD (Sains & Matematik)
Pen PPD (Pend Islam & Moral)
Pen PPD (Sains Sosial & kemanusiaan)
Pen PPD (Peperiksaan)
Semua Pengetua
Ketua Pentaksir Negeri
Ketua Pentaksir Kawasan
Pentaksir Kawasan
Ketua Pentaksir Sekolah
31. JK Peringkat Sekolah Pengerusi: Pengetua / Guru Besar
Naib Pengerusi: Pen Kanan Akademik
Setiausaha S/U Peperiksaan
P Setiausaha Pen S/U Peperiksaan
AJK Guru Kanan
Guru Cemerlang
Ketua Panitia
Ketua Pentaksir Sekolah
32. Tugas dan Tanggungjawab Sekolah Sebelum pentaksiran
Menerima surat siaran PBS daripada JPN
Menerima dokumen PBS daripada JPN
Menubuhkan JK PBS sekolah
Melantik Ketua Pentaksir Sekolah setiap mata pelajaran
Memperbanyakkan dokumen PBS untuk kegunaan pentaksir
Menyediakan jadual pelaksanaan PBS
Menyediakan kemudahan fizikal, peralatan dan bahan yang mencukupi
Menamakan pentaksir di kalangan guru mata pelajaran yang akan melaksanakan PBS – berperanan menguruskan segala urusan berkaitan pentaksiran
Memberi taklimat kepada calon
Memastikan setiap murid ada fail PBS
33. Tugas dan Tanggungjawab Sekolah Semasa pentaksiran
Pentaksiran dijalankan semasa P&P
Penyelarasan dalaman
Pemantauan dalaman
Pentaksir merekod skor dalam BSI
Pentaksir menyimpan evidens dengan selamat
Pentaksir memaklumkan skor kepada calon dan calon tandatangan di BSI
Pentaksir memindahkan skor dengan betul dari BSI ke Borang Markah Induk berdasarkan format pentaksiran mata pelajaran
34. Tugas dan Tanggungjawab Sekolah Selepas pentaksiran
Borang Skor Individu dan Borang Markah Induk disemak dan disahkan oleh Pengetua / Guru Besar dan disimpan di sekolah
S/U peperiksaan memastikan pentaksir memasukkan markah ke dalam aplikasi LPM
S/U peperiksaan dan pentaksir menyemak markah yang dimasukkan dalam aplikasi LPM
S/U peperiksaan menyerah cetakan Senarai Keseluruhan Markah calon untuk disahkan oleh Pengetua / Guru Besar
Mengeluarkan sijil / penyataan pencapaian PBS calon
35. Pelaksanaan PBS Petugas Pentaksiran
Ketua Pentaksir Kebangsaan
Ketua Pentaksir Negeri
Ketua Pentaksir Kawasan
Pentaksir Kawasasan
Ketua Pentaksir Sekolah
36. Pelaksanaan PBS Ketua Pentaksir Kebangsaan
Dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
Guru terlatih
Opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran
Disahkan dalam jawatan
Berpengalaman
37. Pelaksanaan PBS Ketua Pentaksir Negeri
Dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri
Guru terlatih
Opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran
Disahkan dalam jawatan
Berpengalaman dalam mata pelajaran berkaitan
38. Pelaksanaan PBS Ketua Pentaksir Kawasan / Pentaksir Kawasan
Dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri
Guru terlatih
Opsyen berkaitan mata pelajaran
Berpengalaman
Disahkan dalam jawatan
39. Pelaksanaan PBS Ketua Pentaksir Sekolah
Dilantik oleh Pengetua / Guru Besar
Guru terlatih
Opsyen mata pelajaran berkaitan
Jika bukan opsyen mata pelajaran berkaitan mesti berpengalaman mengajar mata pelajaran berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun
Dilantik dalam jawatan
40. Tugas Pentaksir Sekolah Sebelum pentaksiran
Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan dan sekolah
Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan kepada calon
41. Tugas Pentaksir Sekolah Semasa Pentaksiran
Membimbing dan membantu calon meningkatkan prestasi
Mentaksir calon
Mengisi borang-borang penskoran individu dan lain-lain yang berkaitan.
Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri/ kawasan dalam urusan penyelarasan
42. Tugas Pentaksir Sekolah Selepas Pentaksiran
Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh PN/PKw
Menyerahkan skor kepada SUP
Menyimpan rekod dan evidens ditempat selamat selama 6 bulan selepas keputusan diumumkan
Menyediakan laporan dan menyerahkannya kepada PKw
Memastikan borang penskoran individu yang berpindah sekolah dihantar ke sekolah baru
Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon
Menyelesaikan kes-kes khas
43. Kes-Kes Khas Jawatankuasa Kes Khas mesti diwujudkan di sekolah untuk mengendalikan kes-kes bagi calon yang tidak dapat melaksanakan PBS sepenuhnya
Keanggotaan
Pengetua/ Guru Besar
Guru Kanan
Ketua Pentaksir Sekolah
Ketua Pentaksir
44. Isu-Isu Guru GSTT – boleh membuat pentaksiran dengan syarat dilatih
Pentaksir mendakwa ada sekolah yang menghantar markah yang tidak diselaraskan ke LPM
Pentaksir minta sekolah dapatkan surat akuan ibu bapa bagi anak yang tidak melaksanakan KK
Pelajar yang tidak hadir pastikan diberi surat peringatan 3 kali – menjaga kepentingan sekolah
Guru keluar bertugas – pohon izin drp Pengetua / Guru Besar kerana penting bagi pelaksanaan PBS
Kerjasama pihak sekolah dalam menerima lawatan pentaksir boleh diperbaiki
Terlalu ramai guru dari sesebuah sekolah dilantik sebagai pentaksir kawasan / negeri
45. Penutup Sekolah diberi kuasa menentukan gred pentaksiran calon
KUASA + TANGGUNGJAWAB
Berjaya atau gagal bergantung kepada integriti, sikap dan komitmen pelaksana
Memberi kesan kepada kehidupan generasi akan datang
46. Sekian, terima kasih