340 likes | 807 Views
Monosakarida dan Karbohidrat. Untuk kuliah ini anda seharusnya telah mengetahui perkara berikut: Agen pengoksida Agen penurun Erti isomer Erti makromolekul Erti polimer Erti monomer Kumpulan fungsi seperti –OH, NH 2 , aldehid, keton, asid dan bes Tindak balas hidrolisis dan kondensasi.
E N D
Untuk kuliah ini anda seharusnya telah mengetahui perkara berikut: • Agen pengoksida • Agen penurun • Erti isomer • Erti makromolekul • Erti polimer • Erti monomer • Kumpulan fungsi seperti –OH, NH2, aldehid, keton, asid dan bes • Tindak balas hidrolisis dan kondensasi
Karbohidrat: sumber tenaga untuk banyak organisma • Sebahagian yang penting dalam dinding sel • Juga dikenali sebagai polisakarida • Bahan bina = monosakarida • Karbohidrat penting: monosakarida: 1 unit disakarida: 2 unit polisakarida: >8 unit • Mengandungi 1 C: 2 H : 1 O • Nisbah ini berubah kerana kehilangan O dan H semasa pempolimeran
H OH C H C O C H OH H Sifat-sifat monosakarida Gula mudah: 3 hingga 7 karbon 3 karbon: gliseraldehid dihidroksiaseton
5 karbon: gula ribosa gula deoksiribosa 6 karbon: glukosa
D-galaktosa D-manosa D-fruktosa Contoh gula 6-karbon
H O C H C OH C C OH H C OH H CH2OH H OH Glukosa ☻ C6H12O6 ☻ Sejenis gula aldosa ☻ monosakarida terbanyak ☻ dibuat semasa fotosintesis ☻ dicerna semasa respirasi sel
H O 1 C H C 2 OH C 3 C 4 OH H C 5 OH H 6 CH2OH H OH Glukosa pepejal berada dalam bentukgaris lurus tetapi dalam larutan, menjadi gelang - glukosa atau ß – glukosa glukosa glukosa
Gelang piranosa – 6 sisi Gelang furanosa – 6 sisi
D-galaktosa Berbeza dengan glukosa dgn kedudukan OH pada karbon-4 D-manosa Berbeza dengan glukosa dgn kedudukan OH pada karbon-2 D-fruktosa EPIMER 6 5 4 1 3 2 Contoh gula 6 - karbon
Glukosa juga merupakan suatu gula penurun: kumpulan aldehid bebas mudah dioksidakan kepada asid karbosilik karbon anomer
Disakarida 2 monosakarida yang diikat secara kovalen Ikatan kovalen ini dipanggil: Ikatan glikosidik
Biasanya ikata adalah antara C1 dan C4 dinamakan ikatan (1→4) Ikatan dibentuk melalui tindak balas kondensasi
Laktosa • Disakarida dalam susu • C12H22O11 • Terdiri daripada galaktosa dan glukosa • Ikatan β (1→4) • Merupakan gula penurun
Sukrosa • Disakarida dalam tumbuhan peringkat tinggi • Terdiri daripada glukosa dan fruktosa • Diikat melalui ikatan ,(1→2) • Bukan gula penurun -fruktosa -glukosa
Polisakarida • Polimer karbohidrat yang besar • Terdiri daripada unit-unit monosakarida • Biasanya unit ini ialah glukosa • 2 jenis iaitu: polisakarida struktur polisakarida penyimpan makanan
Kanji ☻ Polisakarida penyimpan makanan ☻ Terdiri daripada ☻ Ikatan glikosidik (1→4) ☻ Terdiri daripada 2 komponen: amilosa (70% – 80%) dan amilopektin (20% – 30%)
Amilosa • lurus tetapi berlingkar (berbentuk heliks) • Berat molekul daripada beberapa ribu sehingga • 150,000
Amilosa • Mempunyai hujung penurun dan hujung bukan penurun Hujung bukan penurun Hujung penurun • Berwarna biru dengan iodin
Tidak mudah dicerna berbanding amilopektin • Dicerna oleh -amilase yang didapati dalam air liur dan jus pankreas • -amilase menghidrolisiskan ikatan (1→4) secara rawak → campuran maltosa dan glukosa
Amilopektin Bercabang selain daripada ikatan (1→4) bagi bahagian lurus, terdapat juga ikatan (1→6) bagi titik bercabang; setiap 20 molekul glukosa Berat molekul > 500,000 Memberi warna ungu/merah dengan iodin
Dicerna oleh -amilase dan (1→6) glukosidase • (1→6) glukosidase ialah enzim nyahcabang • Hasil ialah campuran glukosa dan maltosa
Glikogen ☻ Hampir sama seperti struktur amilopektin ☻ Makromolekul yang amat bercabang ☻ Boleh didrolisiskan oleh -amilase
Selulosa ☻ Polisakarida struktur ☻ Dijumpai dalam dinding sel tumbuhan & menyumbang kepada struktur tumbuhan ☻ lurus ☻ terdiri daripada unit-unit glukosa sahaja
Rantai polisakarida disusun selari dan diikat melalui ikatan hidrogen Ikatan β(1→4) memberikan selulosa sifat tegar dan teguh dan dapat menahan hidrolisis asid Dihidrolisiskan oleh selulase Tidak dihidrolisiskan oleh -amilase
Adakah semua gula mempunyai karbon anomer? Sebarang gula yang boleh membentuk gelang dengan membuka kumpulan karbonil mempunyai karbon anome. Gliseraldehid tidak mempunyai gula anomer walaupun id mempunyai kumpulan karbonil. Adakah karbon anomer mesti dari kumpulan karbonil? Ya. Apakah perbezaan antara anomer dan isomer? Sebarang molekul yang mempunyai karbon asimetri boleh membentuk stereoisomer. Gula yang boleh membentuk isomer seperti ini boleh mempunyai OH yang terletak pada atas atau bawah karbon anomer. Gula seperti ini dipanggil anomer.