1.21k likes | 3.2k Views
SELAMAT BERJUMPA. Di Taklimat Pengurusan Tatatertib. TATACARA MELAPOR KES UNTUK TINDAKAN TATATERTIB OLEH KETUA JABATAN. PERATURAN-PERATURAN TATATERTIB PENJAWAT AWAM 1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - P.U.(A) 395
E N D
SELAMAT BERJUMPA Di Taklimat Pengurusan Tatatertib TATACARA MELAPOR KES UNTUK TINDAKAN TATATERTIB OLEH KETUA JABATAN
PERATURAN-PERATURAN TATATERTIB PENJAWAT AWAM 1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - P.U.(A) 395 2) Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan 1994 - P.U.(A) 458
P.U.(A) 395 • DIBUAT DI BAWAH PERKARA 132(2) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN • MENGGANTIKAN G.O. ‘D’ 1980 - MULAI 15.12.1993 PINDAAN: • (1) PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) (PINDAAN) 1995, • PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) (PINDAAN) 1996, • PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) (PINDAAN) 2002, [P.U.(A) 246/2002] -- 20.6.2002
“ BAHAGIAN 1A”KEWAJIPAN MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN 3A (1) Seseorang pegawai hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan Peraturan-Peraturan ini. (2) Pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini oleh seseorang pegawai boleh menyebabkan dikenakan tindakan tatatertib menurut Peraturan-Peraturan ini.
3B (1) Seseorang pegawai yang gagal `memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perintah Am 23A, Perintah-Perintah Am Bab ‘D’ (Lantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973, setelah dikehendaki berbuat demikian oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan atau Ketua Jabatannya, melakukan suatu pelanggaran tatatertib dan boleh dikenakan tindakan tatatertib menurut Peraturan-Peraturan ini. (2) Tanpa menjejaskan subperaturan 3A(2), seseorang pegawai yang, setelah diberi aku janji yang dirujuk dalam subperaturan (1), gagal mematuhi terma-terma aku janji itu, melakukan suatu pelanggaran tatatertib dan boleh dikenakan tindakan tatatertib menurut Peraturan-Peraturan ini.
“ BAHAGIAN 1B”TUGAS KAWALAN DAN PENGAWASAN TATATERTIB 3C Tugas untuk menjalankan Kawalan Dan Pengawasan Tatatertib:- (1) Maka menjadi tugas setiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin bagi apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini. (2) Seseorang pegawai yang gagal untuk menjalankan kawalan dan pengawasan ke atas pegawai bawahannya, atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.
3D Tugas untuk memaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam setiap tindakan tatatertib :- Maka menjadi tugas Pihak Berkuasa Tatatertib untuk memaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebaik sahaja tindakan tatatertib dimulakan terhadap seseorang pegawai dan juga keputusan tindakan itu setelah ia selesai.
P.U.(A) 395/93 PINDAAN 2002 Mengandungi :- a) TATAKELAKUAN - PERATURAN 4 b) LARANGAN - PERATURAN 4A hingga 24 c) PROSEDUR/ - PERATURAN 24 hingga 37, TATACARA 49 dan 51 * KONSEP TAHAN - PERATURAN 43 hingga 45 KERJA & GANTUNG KERJA d) HUKUMAN - PERATURAN 38 hingga 42 e) UMUM - PERATURAN 52 dan 53
TATAKELAKUAN UMUM / LARANGAN MUTLAK PERATURAN 4 (1),(2)a,b,c,d,e,f,g,h,i,j
4 (1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia yang tak berbelah bagi kepada Yang Di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan. Seseorang pegawai dianggap telah melanggar tatakelakuan ini jika antara lainnya:- (i). Bersubahat dengan musuh-musuh negara; (ii). Memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar serta tindakan kerajaan; (iii). Mengelakkan diri daripada mempertahankan dasar dan tindakan Kerajaan sedangkan adalah menjadi kewajipannya untuk berbuat demikian; dan (iv). Memijak-mijak bendera kebangsaan dengan tujuan menghina.
4(2)(b)Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya. Seseorang pegawai dianggap telah melanggar tatakelakuan ini jika berlaku, antara lain :- (i). Tidak mengelakkan diri daripada terlalu rapat bergaul dengan mereka yang jelas akan dapat keuntungan besar daripada mengetahui tugas- tugas rasminya. (ii). Tidak mengelakkan diri daripada menerima hadiah yang mahal-mahal daripada syarikat atau seorang peniaga atau individu. (iii). Menyebelahi saudara maranya sendiri dalam melakukan sesuatu tindakan.
4 (2)(c) Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa :- (i). Dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau (ii). Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri.
Seseorang pegawai dianggap sebagai telah melanggar tatakelakuan ini jika beliau antara lain :- (i). Tidak mengambil tindakan terhadap seseorang yang melanggar mana-mana undang-undang negara dengan tujuan mendapat ganjaran daripadanya; (ii). Meluluskan sekeping tanah Kerajaan kepada isteri atau anaknya, atau saudara maranya; atau (iii). Membuka kelas tuisyen dengan menggunakan kemudahan sekolah tanpa kebenaran bertulis.
4(2)(d)Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama Perkhidmatan Awam. Seseorang pegawai dianggap sebagai telah melanggar tatakelakuan ini jika beliau, antara lain :- (i). Terlibat dalam penyalahgunaan dadah; (ii). Disabitkan dengan kesalahan jenayah termasuk sabitan dalam Mahkamah Syariah; (iii). Bermain judi di pejabat; (iv). Berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai seperti mabuk, biadab atau menonjol-nonjol kepentingan diri sendiri;
(v). Keterhutangan kewangan yang serius; (vi). Tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sekeliling dan sentiasa bertelingkah bukan sahaja dengan rakan-rakan sejawat tetapi dengan orang ramai; (vii). Terlibat dalam meramal turun naik harga barang dan saham atau pasaran komoditi atau pasaran sekuriti hadapan.
4(2)(e) Seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha. Seseorang pegawai dianggap sebagai telah melanggar tatakelakuan ini jika beliau, antara lain :- (i). Tidak mempunyai daya utama dan lemah dalam daya pemikirannya; (ii). Lalai atau berlengah-lengah dalam menjalankan tugas- tugasnya; (iii). Sebagai seorang pegawai kanan, tidak berkebolehan dan terpaksa diarah sepanjang masa; (iv). Malas atau cuai dalam menjalankan tugas-tugasnya; atau (v). Menanggung keterhutangan kewangan yang serius.
4(2)(f) Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah. Seseorang pegawai dianggap sebagai telah melanggar tatakelakuan ini jika beliau, antara lain :- (i). Tidak melaporkan harta atau pelaburan yang dipunyai olehnya, isterinya atau anaknya seperti mana yang dikehendaki oleh Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; (ii). Mengemukakan bil hotel palsu dalam tuntutan elaun sewa hotel; (iii). Membuat tuntutan palsu mengenai elaun perjalanan, lojing, makan atau tambang pengangkutan (lori) semasa perpindahan;
(iv). Mengesahkan tuntutan bekerja lebih masa yang tidak betul dari seorang pekerja dengan tujuan untuk mendapat habuan daripada pekerja itu; (v). Tidak melaporkan hutang piutangnya dengan tujuan menipu Ketua Jabatan dan Lembaga Tatatertib yang berkenaan mengenai keterhutangan kewangan yang serius; (vi). Berdalih-dalih atau bercakap bohong dalam apa-apa jua penyiasatan yang dijalankan terhadapnya; atau (vii). Pura-pura sakit atau uzur.
4 (2)(g) Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab. Seseorang pegawai dianggap sebagai telah melanggar tatakelakuan ini jika beliau, antara lain :- (i). Menghasut kakitangan Kerajaan supaya jangan terus berusaha dalam menjalankan tugas-tugas mereka; (ii). Menjalankan sesuatu tugas tanpa menghiraukan implikasinya terhadap Jabatan khasnya dan Kerajaan amnya; (iii). Mengambil cuti rehat di saat-saat perkhidmatannya sangat-sangat diperlukan; (iv). Suka mewujudkan suasana yang tegang di pejabat dengan melaga-lagakan rakan-rakan sejawat untuk kepentingan diri sendiri;
(v). Tidak menghiraukan pandangan/pendapat orang lain sungguhpun pandangan / pendapat itu boleh mendatangkan faedah kepada kerajaan; (vi). Bersikap tidak acuh terhadap tugas-tugas dan tanggungjawabnya; (vii). Tidak memperduli atau menjaga harta Kerajaan sebagaimana yang sepatutnya kerana harta tersebut bukan hartanya; (viii). Tidak hadir bekerja tanpa cuti atas sebab-sebab yang munasabah; (ix). Membazir wang kerajaan dengan membeli alat-alat yang tidak atau kurang berguna; atau (x). Mengikuti kursus pengajian tanpa mendapat kelulusan pihak yang berkuasa terlebih dahulu.
4(2)(h) Seseorang pegawai tidak boleh membawa atau cuba membawa apa-apa jenis pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubung dengan perkhidmatan awam sama ada tuntutan itu adalah tuntutannya sendiri atau tuntutan anggota-anggota perkhidmatan awam yang lain. Seseorang pegawai dianggap telah melanggar tatakelakuan ini jika beliau, antara lain :- (i). Meminta seorang kenamaan untuk menggunakan jasa baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan Pangkat; (ii). Meminta kesatuan sekerja untuk memperjuangkan kes tuntutan peribadinya seperti rayuan tatatertib; atau (iii). Menggunakan pengaruh luar dalam soal-soal pertukaran dan penempatan.
4(2)(i) Seseorang pegawai tidak boleh ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah. Seseorang pegawai dianggap telah melanggar tatakelakuan ini jika beliau, antara lain :- (i). Enggan atau tidak mahu mengikuti atau menjalankan/melaksanakan arahan lisan atau tulisan pegawai kanannya berhubung dengan tugas-tugas rasminya; (ii). Membantah atau melawan pegawai kanannya; atau (iii). Menulis surat layang berkaitan dengan perkara- perkara rasmi kepada pihak atasan tanpa melalui saluran-saluran tertentu.
4(2)(j) Seseorang pegawai tidak boleh cuai dalam melaksanakan tugasnya. Seseorang pegawai dianggap sebagai telah melanggar tatakelakuan ini jika beliau, antara lain :- (i). Memandu kenderaan Kerajaan dengan terlalu laju atau tidak mengikuti peraturan lalu lintas hingga menyebabkan kemalangan berlaku; (ii). Cuai dalam menandatangani dokumen rasmi hingga menyebabkan Kerajaan rugi. (iii). Gagal bertindak memberhentikan gaji pegawai yang meletak jawatan. (iv). Kecederaan murid berlaku dalam bilik darjah semasa guru mengajar.
LARANGAN PERATURAN 4A - 24 DITEGAH SAMA SEKALI (MUTLAK)
DITEGAH SAMA SEKALI (MUTLAK) JENIS LARANGAN PER. 4A GANGGUAN SEKSUAL 7 MENYALAHGUNA DADAH 9 MENERIMA/ MEMBERI KERAIAN 11 MENYENGGARA TARAF HIDUP MELEBIHI DARIPADA EMOLUMEN RASMI DAN PENDAPATAN PERSENDIRIAN YANG SAH 12 MEMINJAM WANG/MENJADI PENJAMIN 13 KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS 15 MEMINJAMKAN WANG DENGAN BUNGA
DITEGAH SAMA SEKALI (MUTLAK) JENIS LARANGAN PER. • 16 PENGLIBATAN DALAM PASARAN HADAPAN • 17 REFEL DAN LOTERI • 18 PENERBITAN BUKU BERDASARKAN MAKLUMAT TERPERINGKAT • 20 PENYUNTING AKHBAR/MAJALAH/JERNAL • 21 KEGIATAN POLITIK • Pegawai Kump.Peng.Tertinggi /Kump. Peng. & Profes. • Kecuali semasa Cuti Sebelum Bersara • ( Hanya Guru dari Gred 41-48 sahaja-Bukan Pentadbir) • 23 TIDAK HADIR BERTUGAS TANPA CUTI/KEBENARAN/SEBAB-SEBAB YANG MUNASABAH
LARANGAN PERATURAN 5 hingga 24 YANG BOLEH DI BUAT DGN KEBENARAN
BOLEH DIBUAT DENGAN KEBENARAN PER. JENIS LARANGAN KUASA MEMBERI KEBENARAN 5 PEKERJAAN LUAR KETUA JABATAN 6 PAKAIAN KPPA 8 HADIAH KETUA JABATAN 10 PEMUNYAAN HARTA KETUA JABATAN 19 PENYATAAN AWAM MENTERI
BOLEH DIBUAT DENGAN KEBENARAN PER. JENIS LARANGAN KUASA MEMBERI KEBENARAN 21 KEGIATAN POLITIK Ketua Pngrh. Perkh. Awm / KSU i) KUMPULAN SOKONGAN ii)GURU DG41-48 (Bukan Pentadbir) iii) Cuti sebelum bersara 22 MEMBAWA PERBICARAAN Ketua Pngrh. Perkhd. Awm UNDANG- UNDANG/ BANTUAN GUAMAN
KETIDAKHADIRANPERATURAN 23: KEGAGALAN UNTUK HADIR BAGI APA-APA JUA TEMPOH MASA PADA MASA DAN TEMPAT DI MANA PEGAWAI ITU DIKEHENDAKI BERTUGAS.
TINDAKAN TATATERTIB KERANA TIDAK HADIR BERTUGAS PERATURAN 24: BOLEH DIAMBIL TINDAKAN TATATERTIB JIKA: TIDAK HADIR BERTUGAS TANPA * CUTI; ATAU * KEBENARAN; ATAU * SEBAB YANG MUNASABAH
CONTOH TATACARA MELAPOR DAN MEMPERAKUKAN KES-KES TATATERTIB
JENIS KETIDAKHADIRAN (i) KES TIDAK HADIR BERTUGAS BIASA: TIDAK HADIR SATU (1) HARI, DUA (2) HARI DAN SEBAGAINYA DAN PEGAWAI BERKENAAN DAPAT DIKESAN.
(ii) KES TIDAK HADIR BERTUGAS DAN TIDAK BOLEH DIKESAN • TUJUH (7) HARI BERTURUT-TURUT DAN • TIDAK DAPAT DIKESAN (Pembayaran gaji dihentikan)
Tidak Hadir Bertugas Tanpa Cuti Atau Tanpa Kebenaran Terlebih Dahulu Yang Boleh Dikesan. CONTOH
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (SALINAN) BAGI KES TIDAK HADIR BERTUGAS DAN DAPAT DIKESAN a. Surat Arahan Kembali Bertugas Dan Tunjuk Sebab Serta Bukti Akuan Penghantaran Dan Akuan Terima (jika pada masa berkenaan pegawai tidak hadir bertugas setelah 3 hari) CONTOH
b. Punch Card atau Buku Rekod Kehadiran. c. Laporan Ketidakhadiran Secara Kalender. c. Surat Penjelasan pegawai dan bukti-bukti yang dikemukakan. d. BRP contoh
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (SALINAN) BAGI KES TIDAK HADIR BERTUGAS TIDAK DAPAT DIKESAN • SuratArahanKembaliBertugas Serta Merta (suratbiasa) danbuktipenghantaran • SuratArahanKembaliBertugas Serta MertasecaraAkuanTerimaBerdaftar • BukuRekodKehadiran /punch card./Kalender • Dokumen lain yang berkaitanjikaada. • BRP
PERATURAN 27Peraturan-Peraturan Pegawai Awam(Kelakuan Dan Tatatertib)(Pindaan) 2002Pelucutan emolumen kerana tidak hadir bertugas • 27(1) Pegawai yang didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah, dia tidak berhak kepada apa-apa emolumen bagi tempoh ketidakhadirannya dan segala emolumen sedemikian disifatkan terlucut hak walaupun Pihak Berkuasa Tatatertib tidak mengarahkannya.
Bab C 14A(a)Perintah-Perintah Am.Tiadagajibagitempohtidakhadirbertugastanpacuti • Jika seseorang pegawai tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh pada pendapat Ketua Jabatan tanpa sesuatu sebab yang munasabah maka pegawai itu tidak berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja.
3. Datang Lewat,Balik Awal, Keluar Ketika Bertugas, Tidak Masuk Kelas (Ponteng) CONTOH
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (SALINAN) BAGI KES • 1. DatangLewat,BalikAwal- Punch Card/BukuRekodKehadiran/CatatanHarian KJ • 2. KeluarKetikaBertugas, - CatatanHarian KJ/CatatanKetuaKelas (guru) • 3. TidakMasukKelas (Ponteng) – CatatanHarian KJ/CatatanKetuaKelas • 4. BRP
4. TATACARA MENGAMBIL TINDAKAN TATATERTIB KES TIDAK MENYEDIA DAN MENGHANTAR BUKU REKOD MENGAJAR
-Tidak melengkapkan-Tidak menyediakan-Tidak menghantar untuk disemak oleh Ketua Jabatan setiap mingguBoleh dikenakan tindakan tatatertib
Dianggapmelanggartatakelakuandibawah Peraturan 4(2), seseorang pegawai awam tidak boleh (e) kurang cekap atau kurang berusaha (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yg. boleh ditafsirkan dgn munasabah sebagai ingkar perintah, Peraturan-Peraturan Peg. Awam (K&T)1993
CONTOH MELAPOR Tidak Mematuhi Arahan Penggunaan Buku Rekod Mengajar (Guru)
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (SALINAN) BAGI KES Tidak Mematuhi Arahan Penggunaan Buku Rekod Mengajar (Guru) • Rekod Penghantaran Untuk Semakan KJ • Surat Tunjuk Sebab yg pernah diajukan dan akuan terima. • Penjelasan Pegawai. • BRP
5. TAHAN KERJA CONTOH • Dokumen yang diperlukan – • Laporantangkapan polis/SPRM • SuratPertuduhandrp. Mahkamah • BukuRekodPerkhidmatan (BRP)