521 likes | 1.75k Views
KONFLIK KELUARGA. PENGENALAN. Konflik dalam keluarga sering berpunca dari masalah KOMUNIKASI. Komunikasi dalam keluarga dilihat penting kerana:.
E N D
KONFLIK KELUARGA konflik keluarga
PENGENALAN Konflik dalam keluarga sering berpunca dari masalah KOMUNIKASI konflik keluarga
Komunikasi dalam keluarga dilihat penting kerana: • Keluarga merupakan institusi penting dimana individu mengalami perhubungan antara-peribadi yang “intimate”. Keseluruhan kesejahteraan dan kepuasan hidup bergantung kepada kualiti komunikasi dalam keluarga. konflik keluarga
Komunikasi dalam keluarga dilihat penting kerana: • Keluarga merupakan ejen sosialisasi bagi anak-anak (Noller, 1995). Komunikasi dan kemahiran perhubungan yang mereka peroleh atau tidak peroleh dari keluarga akan menentukan kualiti perhubungan antaraperibadi mereka sepanjang hayat. konflik keluarga
Komunikasi dalam keluarga dilihat penting kerana: • Anak-anak tidak mempunyai pilihan kecuali menjadikan keluarga sebagai tempat rujukan, kebergantungan dan perlindungan. Jadi mereka merupakan sasaran yang mudah kepada sikap kekerasan dan deraan oleh ahli keluarga. konflik keluarga
Kesan komunikasi dalam keluarga • Suami isteri yang mengendalikan konflik antaraperibadi mereka secara berkesan dilihat mempunyai lebih sikap kasih sayang dan saling menghormati serta memberikan lebih komitmen kepada pasangan mereka (Gottman, 1991) konflik keluarga
Kesan komunikasi dalam keluarga • Keluarga yang mengurus konflik dalam keluarga dengan baik dilihat mempunyai keluarga dan anak-anak yang lebih menunjukkan rasa kepuasan diri yang tinggi serta anak-anak mereka didapati menunjukkan prestasi yang baik disekolah dan juga dalam perhubungan dengan rakan sebaya (Sillars, Canary & Tafoya, 2004). konflik keluarga
Definisi Komunikasi Keluarga • Semua tingkahlaku interaktif ahli keluarga yang membentuk peranan keluarga, peraturan-peraturan dalam keluarga, mencapai kefungsian kekeluargaan dan mengekalkan corak tingkahlaku dalam keluarga (Vangelisti, 2004) konflik keluarga
Komunikasi dalam keluarga adalah fungsi proses psikologikal dan antaraperibadi. • Tingkahlaku dalam keluarga diperhati oleh ahli keluarga dan juga individu luar • Komponen psikologi melibatkan komponen yang tersimpan dalam kognitif ahli keluarga • Tingkahlaku tertentu mempunyai maksud yang tertentu yang hanya difahami oleh ahli keluarga tertentu sahaja konflik keluarga
Komunkasi dalam keluarga dilihat bermasalah apabila: • Tingkahlaku yang ditunjukkan oleh mereka mungkin bermakna atau tidak bererti apa-apa bagi individu lain • Maksud tingkahlaku dalam keluarga juga mungkin tidak difahami oleh ahli keluarga itu sendiri • Kefungsian kekeluargaan terbina dengan perkongsian minimum antara masyarakat, keluarga akan sentiasa melakukan perundingan mengenai erti tingkahlaku mereka untuk lebih mendekati masyarakat dan ini menyebabkan komunikasi kekeluargaan dilihat mempunyai masalah konflik keluarga
Kekerapan Berlakunya Konflik • Antara bentuk-bentuk konflik antaraperibadi, perhubungan dalam keluarga dilihat mempunyai paling bermasalah dan paling banyak konfliknya (Shantz & Hartup, 1992) konflik keluarga
Kekerapan Berlakunya Konflik • Tingkahlaku konflik juga dilihat lebih kerap terjadi dalam hubungan kekeluargaan (termasuk dalam hubungan perkahwinan, keluarga-anak dan saudara mara) berbanding dengan rakan-rakan dan juga perhubungan ditempat kerja (Sillars et al., 2004) konflik keluarga
Kekerapan Berlakunya Konflik • Walaupun terdapat pelbagai akta yang berkenaan dengan tingkahlaku kekerasan (seperti memukul, menendang, menyerang dengan sesuatu objek) namun didapati terdapat juga kekerasan yang dilakukan dalam perhubungan suami isteri (8%), ibubapa-anak (11%) dan saudara mara (36%)… (straus & Gelles, 1990) konflik keluarga
Kekerapan Berlakunya Konflik • Terdapat juga tingkahlaku yang boleh diterima masyarakat seperti menolak dan menampar, dan ianya dilihat sangat kerap berlaku iaitu 16% dalam hubungan perkahwinan, hampir 100% dalam hubungan ibubapa-anak yang berumur 3 tahun kebawah dan 34% ibubapa-anak yang remaja serta 64% dalam perhubungan saudara mara (straus & Gelles, 1990) konflik keluarga
Ibubapa dan Anak-anak Awal Remaja • Konflik terbentuk apabila ibubapa cuba untuk mengubah/ membentuk tingkahlaku anak-anak • Ia merupakan suatu proses sosialisasi • Ibubapa sering menggunakan kekerasan fizikal • Konflik semakin berkurang apabila kanak-kanak meningkat remaja konflik keluarga
Ibubapa dan Remaja • Remaja menanggap diri mereka lebih mempunyai hak dan lebih bebas daripada kebergantungan kepada ibubapa (Noller, 1995) • Tingkahlaku memberontak remaja dilihat semakin meningkat terhadap ibubapa mereka (Smetana, You, & Hanson, 1991) konflik keluarga
Fungsi Komunikasi Keluarga • Membenarkan remaja membuat pertimbangan mengenai peranan, fungsi dan perhubungan dalam keluarga • Membantu remaja mencari identiti diri • Meningkatkan penghargaan kendiri remaja • Menjadi model dan mendidik cara menyelesaikan masalah • Membantu remaja dalam membuat keputusan konflik keluarga
Kesan Konflik Keluarga keatas Tingkahlaku Konflik Anak-anak • Gaya konflik anak-anak lebih menyerupai ibubapa mereka (Koerner & Fitzpatrick, 2002) • Nilai dan kepercayaan terhadap sesuatu konflik juga dicontohi daripada ibubapa • Skema komunikasi yang terbentuk merupakan hasil pengalaman yang lama sepanjang hidup dalam keluarga konflik keluarga
Kesan Konflik Keluarga keatas Ibubapa • Ibubapa bertanggungjawab ke atas kewujudan, cara menyelesaikan dan akibat konflik • Ibubapa dijangkakan dapat menangani konflik secara konstruktif,mendidik anak dengan kemahiran konflik komunikasi • Terdapat kesan negatif yang melibatkan ketidakpuasan dalam hubungan antara keluarga dan terdapat juga kes keganasan rumahtangga konflik keluarga
Kesan Konflik Keluarga keatas Kanak-kanak • Kanak-kanak berperanan pasif • Konflik yang distruktif dan berbentuk keganasan memberikan kesan negatif kepada anak-anak dan sebaliknya jika ibubapa menangani konflik secara konstruktif serta focus kepada penyelesaian masalah, kesan positif dapat dilihat pada kanak-kanak. konflik keluarga
Kesan Konflik Keluarga keatas Kanak-kanak • Kesan negatif: • Takut, sedih, marah (Cummings, Iannotti & Zahn-Waxler, 1985) • Rasa tidak selamat samada didalam atau luar rumah (Gordis, Margolin & John, 2001) • Hadapi masalah dengan rakan sebaya: agresif dan pemarah (Jenkins, 2000) konflik keluarga
Kesan Konflik Keluarga keatas Kanak-kanak • Kesan positif: • Tahap psikologi yang baik (Cummings et al., 1985) • Boleh menyesuaikan diri (Tucker, McHale & Crouter, 2003) • Successful & satisfying peer relationships (Jenkins, 2000) konflik keluarga
Konflik & Keganasan • Konflik dilihat sebagai pencetus kepada sesetengah keganasan rumahtangga • Keganasan akan tercetus apabila konflik meningkat ketahap yang tidak dapat diuruskan dengan baik • Peningkatan tahap konflik selalunya terjadi disebabkan faktor kepentingan peribadi dan juga dari perasaan hampa akibat proses konflik (Donohue & Kolt, 1992) konflik keluarga
Konflik & Keganasan • Elakkan keganasan dalam konflik: • Mempelajari tingkahlaku komunikasi yang efisien • Elakkan daripada merujukkan konflik kepada keperluan (needs) sebaliknya kepada keinginan (interests) • Menghormati perbezaan matlamat (goals)/ menyelesaikan halangan kepada pencapaian matlamat • Memberi penekanan kepada kebersamaan dalam mencari penyelesaian dan mengekalkan hubungan antara ahli keluarga • Sentiasa bersifat terbuka & fleksibel • Komited dalam mencapai matlamat setiap daripada ahli keluarga walaupun terdapat ketidakseimbangan kuasa konflik keluarga
Konflik & Keganasan • Satu lagi bentuk keganasan dalam keluarga ialah “corporal punishment (Holden, Miller & Harris, 1999) • Terdapat juga nilai-nilai positif dari “corporal punishment” (Larzelere, 2000) jika dilakukan secara “nonabusive” konflik keluarga
Konflik & Keganasan • Kesan negatif “corporal punishment”: • Peningkatan sikap agresif, delikuen dan tingkahlaku anti-sosial, merendahkan nilai-nilai moral, hubungan antara ahli keluarga renggang, kesihatan mental anak-anak merosot (Gershoff, 2002) • Apabila dewasa kanak-kanak ini berpotensi menjadi penjenayah dan terlibat dengan gejala anti-sosial konflik keluarga