360 likes | 742 Views
PENGGAJIAN WANITA, KANAK-KANAK & ORANG MUDA. PENDAHULUAN. Para pekerja wanita adalah sebahagian daripada pekerja-pekerja yang dilindungi oleh undang-undang terutamanya Akta Kerja 1955 (AK 1955).
E N D
PENDAHULUAN • Para pekerja wanita adalah sebahagian daripada pekerja-pekerja yang dilindungi oleh undang-undang terutamanya Akta Kerja 1955 (AK 1955). • Kanak-kanak dan orang muda pula jika bekerja mereka akan dilindungi oleh AK 1955 dan Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 (AKOM 1966).
PENGGAJIAN WANITA • Pekerja wanita yang digaji dalam kegiatanperusahaan dan pertanian adalah tidak dibenarkan bekerja di antara pukul sepuluh malam hingga pukul lima pagi melainkan dengan kebenaran KP atas permohonan majikan masing-masing. (seksyen 34(1), AK 1955)
Kegiatan Perusahaan • Kegiatan perusahaan adalah termasuklah kerja-kerja berikut:- • a) menganggu, mengubah, membuang, membawa, mencuci, memilih, melebur, menapis memecah atau usaha-usaha lain ke atas batu-batan, batu kerikil, tanah liat, pasir, tanah-tanah atau hasil galian dengan sebarang kaedah atau cara apa pun;
b) perusahaan-perusahaan untuk mengeluarkan, meminda, mencuci, membaiki, memasang, menyiap, mengubahsuai bahan-bahan untuk jualan, dibungkus atau disediakan untuk serahantar, dipisah atau diroboh atau mengubah bentuk bahan-bahan atau menceraikan bahan-bahan galian, termasuklah perusahaan membina kapal dan penjanaan, pemindahan dan penyaluran arus elektrik atau kuasa bahan bakar dalam sebarang bentuk;
c) kerja pembinaan; • d) pengangkutan penumpang-penumpang atau barangan melalui jalanraya, landasan, air atau udara, termasuk pengendalian barangan limbungan, pengkalan, dermaga, gudang atau lapangan terbang; dan • e) mana-mana pekerjaan yang diishtiharkan oleh Menteri Sumber Manusia (MSM) sebagai kegiatan perusahaan. (seksyen 2(1), AK 1955)
Kegiatan Pertanian • Kegiatan pertanian adalah apa-apa kerja di mana seseorang pekerja diambil bekerja di bawah kontrak perkhidmatan bagi tujuan pertanian, perkebunan atau perhutanan, pemeliharaan binatang-binatang ternakan atau pengumpulan hasil tanaman atau pokok-pokok. (seksyen 2(1), AK 1955)
Pengecualian • i) “Mana-mana wanita yang diambil bekerja di bawah Peraturan-peraturan Kenderaan-kenderaan Perkhidmatan Awan (Kawalan Pemandu dan Konduktor 1952, dan dilesenkan sebagai konduktor kenderaan perkhidmatan awan, boleh bekerja di antara pukul sepuluh malam dan pukul satu pagi pada hari berikutnya walau apa pun peruntukan seksyen 34 Akta Kerja 1955.” (peraturan 2, Peraturan-peraturan Kerja (Mengambil Bekerja Wanita) Konduktor Wanita, 1958)
ii) “Walau apa pun peruntukan-peruntukan seksyen 34 Akta Kerja 1955, mana-mana pekerja perempuan yang diambil bekerja dalam kerja syif dalam mana-mana perusahaan perindustrian yang diluluskan yang menjalankan sekurang-kurang dua syif sehari boleh bekerja pada bila-bila masa sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri antara pukul 10 malam dan pukul 5 pagi.” (peraturan 2, Peraturan-peraturan Kerja (Mengambil Bekerja Wanita) (Pekerja-pekerja Syif) 1970)
Bekerja Bawah Tanah • Pekerja wanita tidak dibenar menjalankan kerja-kerja bawah tanah. (seksyen 35, AK 1955) • Kerja bawah tanah bererti sebarang kegiatan dilaksanakan bagi tujuan mengeluarkan apa-apa bahan daripada bawah permukaan bumi, samada menerusi lubang terowong atau gua batu semula jadi. (seksyen 2(1), AK 1955)
Hak Menteri • MSM diberi hak untuk menentukan dan melarang melalui perintah untuk tidak mengambil pekerja wanita di dalam keadaan-keadaan tertentu. (seksyen 36, AK 1955)
PENGAJIAN PEKERJA KANAK-KANAK DAN ORANG MUDA • Kanak-kanak adalah seseorang yang berumur kurang daripada empat belas tahun. (seksyen 1A, AKOM 1966) • Orang muda ditakrifkan sebagai seseorang yang telah mencecah umur empat belas tahun atau lebih tetapi belum mencapai umur enam belas tahun. (seksyen 1A, AKOM 1966)
Kanak-kanak dan orang muda boleh mengadakan kontrak perkhidmatan walaupun ianya bertentangan dengan peruntukan Akta Kontrak 1950. (seksyen 13, AKOM 1966) • Kanak-kanak dan orang muda boleh menjadi sebagai plaintif tanpa perlu menerusi pihak ketiga iaitu penjaga. (seksyen 13, AKOM 1966)
Majikan tidak boleh mendapat ganti rugi dan indemniti seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 13 AK 1955 (penamatan tanpa notis) apabila kanak-kanak dan orang muda melanggari sebarang kontrak perkhidmatan.(seksyen 13, AKOM 1966)
PEKERJAAN-PEKERJAAN YANG DIBENARKAN • Kanak-kanak boleh diambil bekerja di dalam pekerjaan berikut: • a) pekerjaan yang melibatkan pekerjaan ringan yang sesuai dengan keupayaannya yang di jalankan oleh keluarganya; • b) pekerjaan di bawah kontrak perintisan yang bertulis yang telah diluluskan oleh KP di mana kontrak tersebut difailkan;
c) pekerjaan yang mengkehendaki pekerja bekerja yang telah dibenarkan atau dibantu oleh kerajaan yang dilaksanakan di sesuatu sekolah, institut latihan dan kapal latihan; dan • d) pekerjaan di tempat hiburan awan tetapi berdasarkan terma dan syarat-syarat yang ditetapkan semasa pemberian lesen..(seksyen 2(2), AKOM 1966)
Orang Muda boleh bekerja di dalam pekerjaan berikut: • a) pekerjaan yang sesuai untuk dirinya samada dijalankan oleh keluarganya atau orang lain; • b) pekerjaan sebagai kakitangan domestik • c) pekerjaan yang melibatkan kerja-kerja pejabat, kedai termasuklah hotel, bar, restoren, dan kedai makan, kilang,
workshop, stor, rumah tumpangan, pawagam, kelab atau persatuan; • d) pekerjaan industri kilang yang sesuatu untuk dirinya; dan • e) sebarang kapal yang dimiliki oleh keluarga atau penjaga. (seksyen 2(3), AKOM 1966)
Pekerjaan di hotel, bar, restoren, rumah tumpangan dan kelab tidak dibenarkan kepada orang muda yang perempuan melainkan ianya diusahakan oleh ibubapa atau penjaganya; atau kebenaran daripada Ketua Pengarah Buruh telah diberikan sebelum kerja di tempat-tempat tersebut dimulakan. (seksyen 2(3), AKOM 1966)
Bekerja di Tempat Hiburan Awan • Majikan yang hendak mengambil kanak-kanak dan orang muda bekerja hendaklah terlebih dahulu memperolehi lesen yang mempunyai terma-terma dan had-had tertentu daripada KP Buruh (seksyen 7(1), AKOM 1966) • KP Buruh yang mempunyai kuasa untuk menambah terma dan syarat-syarat tertentu dari masa ke semasa apabila difikirkan perlu(seksyen 7(3), AKOM 1966)
KP Buruh selain memberi lesen, boleh tidak memberi lesen kepada majikan jika sekiranya pekerjaan yang akan dilakukan oleh pekerja kanak-kanak dan orang muda mengikut pandangan KP adalah merbahaya kepada nyawa, tubuh badah, kesihatan dan akhlak mereka. (seksyen 7(2), AKOM 1966) • Apabila keputusan memberi lesen telah dibuat, pihak ibubapa kanak-kanak dan orang muda dibenarkan membuat rayuan kepada Menteri jika tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat dan keputusanMenteri adalah muktamad. (seksyen 7(4) AKOM 1966)
Kuasa Menteri • Menteri diberi kuasa untuk tidak membenarkan kanak-kanak dan orang muda bekerja dalam pekerjaan-pekerjaan yang dibenarkan apabila beliau merasakan pekerjaan-pekerjaan tersebut merugikan mereka.(seksyen 3, AKOM 1966)
MASA DAN HAD WAKTU KERJA • Kanak-kanak tidak boleh disuruh dan dibenarkan- • a) bekerja dari pukul lapan malam sehingga pukul tujuh pagi kecuali yang terlibat di dalam industri hiburan awam; • b) bekerja lebih dari tiga jam berturut-turut tanpa mendapat waktu rehat selama tiga puluh minit;
c) bekerja melebihi enam jam sehari; • d) bekerja lebih dari tujuh jam kepada pelajar yang bersekolah yang waktunya dikira termasuk waktu persekolahan.(seksyen 5, AKOM 1966)
Orang muda tidak dibenarkan disuruh dan dibenarkan- • a) bekerja dari pukul lapan malam sehingga pukul enam pagi kecuali orang muda tersebut terlibat dalam industri pertanian, industri hiburan awam atau perkapalan yang diusahakan oleh ibubapanya atau penjaganya. • b)bekerja lebih dari empat jam berturut-turut tanpa memdapat waktu rehat selama tiga puluh minit;
c) bekerja melebihi tujuh jam dalam sehari atau lapan jam untuk pekerja perantisan • d) bekerja lebih dari lapan jam kepada pelajar sekolah yang waktunya dikira termasuk waktu persekolahan • e) bekerja kecuali setelah berehat selama dua belas jam berturut-turut sebelum menyambung kerja untuk keesokan harinya. (seksyen 6, AKOM 1966)
HUKUMAN • Jika sekiranya terdapat pelanggaran ketetapan undang-undang yang berkaitan pengajian pekerja kanak-kanak dan orang muda oleh majikan, atau ibubapa serta penjaga yang mengetahui bahawa terdapat pelanggaran undang-undang, apabila disabitkan, pihak yang terbabit akan dikenakan hukuman berdasarkan samada kesalahan yang dilakukan adalah yang pertama, kedua atau seterusnya.
Kesalahan Pertama • a) dipenjara untuk tempoh tidak lebih enam bulan, • b) atau denda tidak melebihi RM 2,000 • c) atau kedua-duanya sekali. (seksyen 14, AKOM 1966)
Kesalahan Kedua & Seterusnya • a) dipenjara tidak melebihi dua tahun • b) atau didenda tidak melebihi RM 3,000 • c) atau kedua-duanya sekali. (seksyen 14, AKOM 1966)
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN BERKAITAN KANAK-KANAK & ORANG MUDA • Pekerja kanak-kanak dan orang muda juga adalah tertakluk kepada sebahagian peruntukan-peruntukan AK 1955 yang dinyatakan oleh Jadual Pertama AKOM 1966. (seksyen 16, AKOM 1966)
Jadual Pertama AKOM 1966 • Peruntukan-peruntukan AK 1955 • seksyen 8 (kontrak perkhidmatan tidak boleh menghadkan hak-hak pekerja untuk memasuki, menyertai atau menubuhkan KS), • seksyen 10 (kontrak-kontrak hendaklah secara bertulis dan mempunyai peruntukan-peruntukan bagi penamatan),
seksyen-seksyen 11-29, • seksyen 31 (keutamaan upah daripada lain-lain hutang), • seksyen 32 (rujukan oleh mahkamah kepada KP), • seksyen-seksyen 37-44, • seksyen 57 (penamatan kontrak kakitangan domestik), • seksyen-seksyen 61-92, • seksyen 94,
seksyen-seksyen 97-99, • seksyen 101 (kesalahan yang berkaitan dengan siasatan atau pemeriksaan) dan • seksyen 102 [melainkan para 2(b)] (peraturan-peraturan).
KESIMPULAN • Pekerja wanita, kanak-kanak dan orang muda adalah antara pekerja-pekerja yang dilindungi oleh undang-undang. • Mereka bagaimanapun tidak boleh terlibat di dalam semua jenis pekerjaan. • Mereka juga tidak boleh bekerja mengikut masa yang disukai.