1 / 38

Seksyen B Pelajaran 23: E-MEL & WWW

Seksyen B Pelajaran 23: E-MEL & WWW. INFRASTRUKTUR SISTEM & LINUX. OBJEKTIF. Mengenali perisian pelanggan e-mel dan kelebihannya Mengetahui cara menggunakan Ximian Evolution dan tatacara penetapannya Mengetahui cara menggunakan Mozilla Mail dan tatacara penetapannya

micheal
Download Presentation

Seksyen B Pelajaran 23: E-MEL & WWW

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Seksyen BPelajaran 23: E-MEL & WWW INFRASTRUKTUR SISTEM & LINUX

  2. OBJEKTIF • Mengenali perisian pelanggan e-mel dan kelebihannya • Mengetahui cara menggunakan Ximian Evolution dan tatacara penetapannya • Mengetahui cara menggunakan Mozilla Mail dan tatacara penetapannya • Mengetahui cara menggunakan Kmail dan tatacara penetapannya • Mengenali perisian pelayaran web dan kelebihannya • Mengetahui cara menggunakan Mozilla dan tatacara penetapannya • Mengetahui cara menggunakan Nautilus dan tatacara penetapannya • Mengetahui cara menggunakan Konqueror dan tatacara penetapannya • Mengetahui cara menggunakan Galeon dan tatacara penetapannya

  3. ISI KANDUNGAN • Perisian Pelanggan E-mel • Evolution • Mozilla Mail • Kmail • Melayari Web (Web Browsing) • Mozilla • Nautilus • Konqueror • Galeon

  4. PERISIAN PELANGGAN E-MEL • E-mel - saluran untuk berkomunikasi melalui Internet. • Perisian pelanggan e-mel - aplikasi yang mengerti pelbagai piawaian penyiaran dan untuk menerima, menghantar dan membaca e-mel.

  5. Sebelum Anda Memulakannya • Sebelum bermula, perlu mengetahui maklumat-maklumat di bawah: 1) Alamat e-mel – Boleh menghantar dan menerima mel seperti memanda@pulaucendana.net. 2) Pelayan e-mel (POP atau IMAP) – Boleh menerima mel dari pelayan dan harus tahu apakah nama pelayan dan bagaimana pentadbir rangkaian atau ISP menggunakannya. 3) Simple Mail Transfer Protocol (SMTP) – protokol yang menghantar mesej dari satu pelayan kepada pelayan yang berlainan melalui Internet.

  6. Sebelum Anda Memulakannya 4) IMAP (Internet Message Access Protocol) - protokol untuk memuat turun e-mel dari pelayan e-mel ISP. IMAP berbeza dari POP di mana e- mel dari pelayan IMAP disimpan di pelayan dan tetap berada di pelayan walaupun telah memuat turun dan membaca e-mel manakala mel POP akan dimuat turun terus ke pelanggan e-mel dan tidak disimpan di pelayan. TIP : POP (Post Office Protocol) - peraturan untuk menghantar e-mel dari pelayan mel ke petisurat e-mel yang diterima dan disimpan. Kebanyakan ISP menggunakan protokol POP dan ada yang menggunakan protokol baru IMAP.

  7. EVOLUTION • Perisian pelanggan e-mel yang mempunyai ramai pengguna. • Pelbagai kemudahan yang disediakan di antaranya pentadbiran petisurat (mailbox) yang berkesan, penapis mel tetapan pengguna (user-defined filters) dan pencarian pantas. • Mempunyai perisian penjadualan kerja serta kalendar yang membolehkan untuk membentuk dan menetapkan mesyuarat kumpulan dan acara-acara secara dalam talian. • Juga perisian pentadbiran maklumat persendirian dan berkumpulan berfungsi penuh untuk Linux dan UNIX dan perisian pelanggan e-mel tersedia guna untuk Red Hat Linux.

  8. EVOLUTION Rajah langkah-langkah untuk membuka e-mel Untuk melancarkan Evolution, klik Main Menu > Internet > Email

  9. Menyedia Pakai Akaun E-Mel • Klik Next untuk menyedia pakai dan seterusnya isikan nama dan alamat e-mel pada ruang yang disediakan. Rajah mengkonfigurasi Evolution

  10. Menyedia Pakai Akaun E-Mel Rajah melengkapkan informasi identiti pengguna

  11. Menyedia Pakai Akaun E-Mel • Masukkan maklumat di ‘Receiving Mail’. Di Malaysia, kebanyakan ISP menyokong POP, pilih POP sebagai pelayan (Server Type). Dibahagian Host, dapat maklumat dari ISP, contohnya untuk Jaring adalah mbox.jaring.my manakala untuk TMNet adalah pop.tm.net.my. • Gunakan nilai tetapan tersedia (delault values) dan klik Next.

  12. Menyedia Pakai Akaun E-Mel Rajah melengkapkan informasi pelayan penerima e-mel

  13. Menyedia Pakai Akaun E-Mel Rajah pemilihan masa untuk muat turun e-mel daripada pelayan

  14. Menyedia Pakai Akaun E-Mel • Pilih SMTP untuk pelayan (Server Type) yang biasa di gunakan di Malaysia. Di bahagian Host, dapatkan maklumat dari ISP, contohnya untuk Jaring adalah smtp..jaring.my manakala untuk TMNet adalah smtp.tm.net.my. Gunakan nilai tetapan tersedia (delault values). Klik Next. Rajah melengkapkan informasi bagi pelayan penghantar e-mel

  15. Menyedia Pakai Akaun E-Mel • Berikan nama yang sesuai dan mudah dikenal untuk akaun e-mel yang baru dicipta. Rajah melengkapkan informasi akaun pengurus

  16. Menyedia Pakai Akaun E-Mel • Tentukan zon masa tempat tinggal. Cari kedudukan Malaysia di dalam peta map yang terdapat pada skrin. Klik Next. • Klik Finish apabila selesai. Rajah memilih zon masa tempatan

  17. Menyedia Pakai Akaun E-Mel Rajah skrin utama program ximian Evolution

  18. Menggunakan Evolution Menghantar e-mel Menulis e-mel.Suatu tetingkap Compose A Message akan keluar. Menghantar pautan. Klik Send. Membaca e-mel Jika ingin mengetahui kelebihan lain Evolution seperti calendering/ scheduling dan group messaging, klik help. Rajah skrin mesej baru untuk menulis e-mel

  19. MOZILLA MAIL • Mempelajari bagaimana untuk menerima dan menghantar e-mail dengan menggunakan Mozilla. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Mozilla, gunakan Help pada menu utama. • Untuk memulakan Mozilla Mail, pilih Main menu> Extras Internet> Mozilla Mail.

  20. Menyedia Pakai Akaun E-Mel Mozilla • Sebelum menggunakan Mozilla Mail untuk membaca, menerima, menghantar dan mencipta e-mel, perlu mengkonfigurasi sebagaimana lakukan pada Evolution. Rajah tetingkap Mozilla Mail

  21. Menyedia Pakai Akaun E-Mel Mozilla • Apabila pertama kali melarikan Mozilla Mail, akan disajikan dengan penyedia akaun ajaib Mozilla. (Mozilla’s account wizard) Rajah menyedia pakai e-mel akaun baru bagi pengguna

  22. Menyedia Pakai Akaun E-Mel Mozilla • Tuliskan nama dan alamat e-mel pada ruang yang disediakan. Klik Next. Rajah konfigurasi indentiti bagi pengguna e-mel baru

  23. Menyedia Pakai Akaun E-Mel Mozilla • Pilih pelayan terima mel POP atau IMAP. Di Malaysia, kebanyakan ISP menyokong POP, jadi pilih POP sebagai pelayan (Server Type). Dibahagian Host, boleh mendapat maklumat dari ISP, contohnya untuk Jaring adalah mbox.jaring.my manakala untuk TMNet adalah pop.tm.net.my. Klik Next. Rajah melengkapkan informasi bagi pelayan e-mel

  24. Menyedia Pakai Akaun E-Mel Mozilla • Tuliskan nama untuk memasuki pelayan e-mel dan akaun e-mel yang baru. • Klik Finish untuk menyudahkan konfigurasi. Rajah mengisi e-mel akaun pengguna

  25. Menyedia Pakai Akaun E-Mel Mozilla • Jika ingin menyunting atau menambah akaun e-mel baru, klik Edit Preferences dan pilih Add di tetingkap. Ulangi langkah 1 hingga 5. Rajah informasi e-mel akaun yang dimasukkan sebelum ini dipaparkan

  26. Menggunakan Mozilla Mail • Untuk mengarang e-mel, klik pada Compose dan tetingkap Compose akan keluar. • Menghantarkan e-mel, klik butang file> send now atau send later. Jika klik send later ia akan kembali ke menu utama dan klik file> send unsent messages untuk menghantar e-mel. Rajah tetingkap mesej baru untuk menghantar e-mel

  27. Menggunakan Mozilla Mail • Untuk membaca e-mel, klik pada pengandung (folder) Inbox untuk melihat senarai e-mel yang perlu di baca. Pilih e-mel tersebut untuk membacanya. Setelah membaca boleh memadamkan atau menyimpannya dalam pengandung (folder) yang berasingan dan sebagainya. Rajah contoh mesej e-mel

  28. KMAIL • Selain dari Mozilla, boleh memilih pemasangan kehendak kendiri custom install pada RED HAT Linux untuk memasang pelanggan e-mel Kmail. • Kmail - perisian e-mel untuk KDE ( K Desktop Environment ). Ia menghantar dan menerima maklumat e-mel dari suasana antara muka grafik. Jika berminat, pelajari dari Internet kerana ia adalah hampir sama dengan Mozilla ! Rajah tetingkap KMAIL

  29. MELAYARI WEB (WEB BROWSING) • Setelah menyediakan sambungan ke Internet, kini bersedia untuk berada dalam talian Internet. • RED HAT Linux menyediakan beberapa pelayar web punca terbuka (Open Source ) iaitu: - Mozilla - Nautilus - Konqueror - Galeon

  30. MOZILLA • Mozilla berfungsi sama seperti pelayar web yang lain. Ia mempunyai bar peralatan toolbar pelayaran, butang dan menu. Rajah pelayar web Mozilla

  31. Membentuk Profil Pengguna • Jika biasa menggunakan Netscape sebagai pelayar web dan ingin mengalih ke Mozilla, patuhi langkah-langkah di bawah: • Jika memilih Convert Profile, ia akan menukar penanda buku (bookmark) dan ketetapan pengguna Netscape kepada profil Mozilla. Jika di lain waktu melarikan Mozilla dengan mengklik Main Menu>Internet> Web Browser dan memilih Mozilla, didapati penanda buku dahulu terdapat di Mozilla. • Klik pada Manage Profile untuk membentuk lebih banyak profil akaun. Di sini, boleh membentuk profil baru atau membentuk profil berdasarkan akaun.

  32. Membentuk Profil Pengguna - Klik Create Profil akan ke skrin penerangan proses ini. Klik Next. - Pilih nama untuk profil baru ini. - Jika tidak memasukkan nama, profil ini dinamakan Default User. - Juga boleh klik Choose Folder untuk memilih tetapan-tetapan (settings & preferences) akan di simpan. - Ia akan disimpan di /home / youraccountname /.Mozilla /default user - Klik Finish, profil baru akan ditambah.

  33. Membentuk Profil Pengguna • Apabila telah mencipta profil pengguna, klik Start Mozilla untuk melancarkan aplikasi atau klik Exit untuk keluar. • Untuk menambah profil baru atau memadam profil sedia ada, harus melarikan Mozila Profile Manager semula. Untuk melarikannya, taipkan di shell prompt: $ Mozilla – ProfileManager

  34. Pelayar Web Mozilla (Web Browser) • Setelah mengkonfigurasi profil pengguna, anda boleh menggunakan pelayar web. Untuk mencapai Mozilla, klik Mozilla di panel atau pilih: Main Menu> Internet> Web Browser • Mozilla mempunyai kesemua fungsi piawai sebuah pelayar web. TIP - Mozilla mempunyai tab pelayaran yang boleh mengelakkan meja kerja dari dipenuhi dengan tetingkap pelayar. Berbilang laman boleh disimpan di dalam hanya satu tetingkap Mozilla . Anda boleh membuka tab dengan mengklik File> New> Navigation dan boleh menukar di antara laman dengan mengklik ke atas tab-tab laman. Untuk melancarkan tab baru, gunakan kekunci CTRL-T. Untuk menutup tab, plilih tab tersebut, klik butang kiri tetikus di atas tab dan tekan dari menu.

  35. NAUTILUS • Suatu komponen teras meja kerja GNOME. Ia memudahkan untuk mengurus serta mencari fail atau pengandung (folder) atau melayari web. • Menggabungkan capaian ke fail, aplikasi, media dan web. Ini membolehkan mencari dan menggunakan sumber-sumber dengan mudah dan cepat. • Dapat melayari Internet dengan mudah. Klik Web Search di Toolbar untuk melancarkan fungsi-fungsi pelayar web Nautilus. • Boleh menggunakan bar lokasi Location : bar untuk memasukkan nama laluan (path name), alamat Internet(URL) atau alamat-alamat lain. Semasa melayari Nautilus ia memberi pilihan pelayar tambahan jika ingin menggunakan pelayar web fungsi penuh. Untuk memilih pelayar web yang lain, klik salah satu butang di bar tepi. • Untuk maklumat tambahan, klik Help pada panel menu dan pilih Nautilus User Manual atau Nautilus Quick Reference.

  36. KONQUEROR • Pelayar web fungsi penuh untuk melayari Internet. • Untuk melarikan Konqueror, pilih Main Menu> Extras> Internet> Konqueror Rajah pelayar web Konqueror

  37. GALEON • Pelayar GNOME berasaskan Mozilla. Ia hanyalah pelayar web. Ia tidak mempunyai kemudahan e-mel, kumpulan berita (newsgroups) atau fungsi lain. • Untuk menggunakan Galoen, harus ada Mozilla yang tersedia dipasang dan berfungsi. • Menggunakan jentera penjana grafik Mozilla untuk memaparkan kandungan web. Jika tidak dapat melarikan Mozilla, kemungkinan besar tidak dapat melarikan Galeon. • Untuk melarikan Galeaon: Main Menu> Extras> Internet> Galeon

  38. GALEON • Pertama kali melarikan Galeon, perlu melakukan proses konfigurasi. Pada permulaan konfigurasi, mempunyai pilihan untuk mengimport penanda buku (bookmark) dari Netscape atau Mozilla dan tetapan pengguna lain dari Netscape jika menggunakan Netscape sebagai pelayar web sebelum ini. • Selesai sahaja mengkonfigurasi Galeon, pelayar web utama akan dipaparkan. TIP - seperti Mozilla, ia juga mempunyai tab pelayaran yang boleh mengelakkan meja kerja dari dipenuhi dengan tetingkap pelayar. Berbilang laman boleh disimpan di dalam hanya satu tetingkap Galeon dan boleh menukar di antara laman dengan mengklik ke atas tab-tab laman. Untuk melancarkan tab baru, gunakan kekunci CTRL-T atau pilih New Tabdari menu File. Mod melayari web secara tab ini boleh di konfigurasi pada laman Tab di tetingkap Preferences. • Untuk maklumat tambahan, klik Help pada panel untuk mencapai manualatau FAQ Galeon.

More Related