550 likes | 725 Views
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) MULAI TAHUN 2008. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH - PENGENALAN - PERNYATAAN DASAR - KONSEP - PERANCANGAN - PELAKSANAAN. PENGENALAN PBS. PENGENALAN.
E N D
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(PBS)MULAI TAHUN 2008 UNIT UPSR, SPPMRR
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH - PENGENALAN - PERNYATAAN DASAR - KONSEP - PERANCANGAN - PELAKSANAAN UNIT UPSR, SPPMRR
PENGENALAN PBS UNIT UPSR, SPPMRR
PENGENALAN • Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah . Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). UNIT UPSR, SPPMRR
PENGENALAN • PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. UNIT UPSR, SPPMRR
PENGENALAN • Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. UNIT UPSR, SPPMRR
PENGENALAN • PBS di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah terdiri daripada 2 bentuk iaitu: • Kerja Kursus • Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) UNIT UPSR, SPPMRR
PENYATAAN DASAR UNIT UPSR, SPPMRR
PENYATAAN DASAR • Sekolah wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan. • Pelaksanaan PLBS, PEKA Sains dan PAFA dijalankan mengikut Jadual Kerja yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. UNIT UPSR, SPPMRR
PENYATAAN DASAR • PBS mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus atau tiada markah kerja kursus. • Setiap calon mestilah mempunyai semua markah / pencapaian PBS setelah tamat tempoh pelaksanaan. UNIT UPSR, SPPMRR
PENYATAAN DASAR • PBS dilaksanakan mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. • Calon yang beragama Islam wajib melaksanakan PAFA. • Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) mesti dilaksanakan mengikut buku Panduan PLBS. UNIT UPSR, SPPMRR
PENYATAAN DASAR • Jawatankuasa Induk PBS peringkat negeri, bahagian / daerah / gabungan dan sekolah perlu ditubuhkan. • Kos dan pelaksanaan PBS di bawah tanggungan serta tanggungjawab pihak sekolah. UNIT UPSR, SPPMRR
PENYATAAN DASAR • Mengurus dokumen skor, evidens dan sijil adalah tanggungjawab pihak sekolah. Skor hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia mengikut kaedah dan tempoh yang telah ditetapkan. • Semua rekod dan bahan pentaksiran yang diperigkatkan sulit, perlu disimpan dengan selamat selama 6 bulan selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan. • Calon yang ingin mendapatkan pengecualian kerja kursus hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pengarah Pelajaran Negeri. UNIT UPSR, SPPMRR
CIRI-CIRI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH UNIT UPSR, SPPMRR
CIRI-CIRI PBS • Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. UNIT UPSR, SPPMRR
CIRI-CIRI PBS PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu: UNIT UPSR, SPPMRR
CIRI-CIRI PBS 1. Kerja kursus / PEKA • Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran • LPM membekalkan dokumen pentaksiran • LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras • Penskoran dan pelaporan oleh sekolah • Markah dihantar kepada LPM • Sekolah mengeluarkan sijil UNIT UPSR, SPPMRR
CIRI-CIRI PBS 2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah • Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. • LPM membekalkan panduan • LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras • Penskoran dan pelaporan oleh sekolah • Sekolah mengeluarkan sijil UNIT UPSR, SPPMRR
KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH UNIT UPSR, SPPMRR
KONSEP PBS • Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut: Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan. UNIT UPSR, SPPMRR
KONSEP PBS • Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens. UNIT UPSR, SPPMRR
KONSEP PBS • Diskordi peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran. UNIT UPSR, SPPMRR
KONSEP PBS • Dilaporkandiperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina. UNIT UPSR, SPPMRR
KONSEP PBS • Kerangkayang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah. • Dimoderatkanpula merujuk kepada usaha memastikan tiap-tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti. UNIT UPSR, SPPMRR
KONSEP PBS • Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Kesahan merujuk kepada perkara yang ditaksir itu relevan dan terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan. UNIT UPSR, SPPMRR
KONSEP PBS • Pelaporan positif. Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. UNIT UPSR, SPPMRR
PERANCANGAN PENTAKSIRAN UNIT UPSR, SPPMRR
PERANCANGAN PENTAKSIRAN • Perancangan Perancangan yang teliti dilaksanakan antara Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan pelaksana PBS yang telah dilantik. UNIT UPSR, SPPMRR
PERANCANGAN PENTAKSIRAN 2. Penataran Penataran ialah pendedahan tentang Konsep, Kerangka dan Dasar program PBS kepada pihak yang terlibat dengan pelaksanaan PBS seperti pentadbir sekolah, pemantau, penyelaras, pentaksir sekolah dan murid-murid tentang pelaksanaan PBS. UNIT UPSR, SPPMRR
PERANCANGAN PENTAKSIRAN 3. Pelaksanaan Pentaksiran Pelaksanaan PBS ialah mentaksir perkara yang hendak ditaksir dalam PBS mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti dalam Manual Pengendalian PBS UNIT UPSR, SPPMRR
PERANCANGAN PENTAKSIRAN 4. Penyelarasan Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PBS dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor. UNIT UPSR, SPPMRR
PERANCANGAN PENTAKSIRAN 5. Pemantauan Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan program PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. UNIT UPSR, SPPMRR
PERANCANGAN PENTAKSIRAN 6. Pengesanan Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan serta impaknya untuk tujuan memperbaikia program itu. UNIT UPSR, SPPMRR
PERANCANGAN PENTAKSIRAN 7. Pelaporan Penyelaras, Pemantau dan Jabatan Pendidikan Negeri akan membuat laporan mengenai pelaksanaan PBS untuk penambahbaikan. UNIT UPSR, SPPMRR
PELAKSANAAN UNIT UPSR, SPPMRR
PELAKSANAAN • JADUAL PELAKSANAAN UNIT UPSR, SPPMRR
PELAKSANAAN • Petugas Pentaksiran Terdiri daripada: • Pentaksir Kebangsaan (PK) • Pentaksir Negeri (PN) • Ketua Pentaksir Kawasan (KPKW) • Pentaksir Kawasan (PKW) • Ketua Pentaksir Sekolah (KPS) • Pentaksir Sekolah (PS) UNIT UPSR, SPPMRR
PELAKSANAAN Pentaksir Kebangsaan(PK) • Dilantik oleh LPM • guru terlatih • opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran • disahkan dalam jawatan • berpengalaman UNIT UPSR, SPPMRR
PELAKSANAAN Pentaksir Negeri(PN) • Dilantik oleh JPN • guru terlatih • opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran • disahkan dalam jawatan • berpengalaman dengan mata pelajaran berkaitan UNIT UPSR, SPPMRR
PELAKSANAAN Ketua Pentaksir Kawasan(KPKw) • Dilantik oleh JPN • guru cemerlang / guru terlatih • opsyen berkaitan mata pelajaran • berpengalaman • disahkan dalam jawatan UNIT UPSR, SPPMRR
PELAKSANAAN Pentaksir Kawasan(PKw) • Dilantik oleh JPN • guru cemerlang / guru terlatih • opsyen berkaitan mata pelajaran • berpengalaman • disahkan dalam jawatan UNIT UPSR, SPPMRR
PELAKSANAAN Ketua Pentaksir Sekolah(KPS) • Dilantik oleh Guru Besar / Jawatankuasa Pentaksir Kes Khas • guru terlatih • opsyen mata pelajaran berkaitan • jika bukan opsyen mata pelajaran berkaitan mesti berpengalaman mengajar mata pelajaran berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun • dilantik dalam jawatan UNIT UPSR, SPPMRR
PELAKSANAAN Pentaksir Sekolah (PS) • Dilantik oleh Guru Besar / Jawatankuasa Pentaksir Kes Khas • guru terlatih • opsyen mata pelajaran berkaitan • jika bukan opsyen mata pelajaran berkaitan mesti berpengalaman mengajar mata pelajaran berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun • dilantik dalam jawatan UNIT UPSR, SPPMRR
Tugas Pentaksir Kebangsaan(PK) Sebelum pentaksiran: • Menghadiri mesyuarat dan perbincangan bersama pegawai mata pelajaran di LPM • Mempengerusikan mesyuarat dan taklimat bersama Pentaksir Negeri (PN) • Merancang jadual / aktiviti pemantauan dan penyelarasan • Membuat pemantauan dan penyelarasan peringkat kebangsaan Semasa Pentaksiran: • Berjumpa Pengetua sekolah memaklumkan kehadiran semasa lawatan ke sekolah. • Melihat jadual perancangan pentaksiran calon-calon sekolah Selepas Pentaksiran: • Mengumpul dan menyatukan laporan daripada semua PN • Mengemukakan cadangan dan tindakan susulan kepada LPM UNIT UPSR, SPPMRR
Tugas PentaksirNegeri(PN) • Sebelum Pentaksiran: • Menghadiri mesyuarat penyelarasan kebangsaan • Menyelaras tugas Pentaksir Kawasan (PKw) • Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan peringkat negeri • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa • Semasa Pentaksiran: • Melawat sekolah • Melaksanakan penyelarasan skor peringkat negeri • Selepas Pentaksiran: • Menjadi penasihat kepada jawatankuasa Pentaksir Kes Khas Sekolah • Mengumpul dan menyatukan laporan daripada PKw • dan menghantar kepada PK UNIT UPSR, SPPMRR
Tugas PentaksirKawasan(PKw) • Sebelum Pentaksiran: • Menghadiri mesyuarat penyelarasan di peringkat negeri • Memberi taklimat kepada PKw dan PS • Semasa Pentaksiran: • Menyelaras pentaksiran oleh PS • Bertanggungjawab untuk memastikan setiap calon melalui proses pentaksiran yang lengkap • Melaksanakan penyelarasan skor di sekolah • Selepas Pentaksiran: • Mengumpul dan menyatukan laporan dan menyerahkannya kepada PN • Menyelesaikan kes-kes khas UNIT UPSR, SPPMRR
Tugas PentaksirSekolah(PS) • Sebelum Pentaksiran: • Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan dan sekolah • Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan kepada calon • Semasa Pentaksiran: • Membimbing dan membantu calon meningkatkan prestasi • Mentaksir calon • Mengisi borang-borang penskoran individu dan lain-lain yang berkaitan. • Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri/ kawasan dalam urusan penyelarasan UNIT UPSR, SPPMRR
Tugas PentaksirSekolah(PS) • Selepas Pentaksiran: • Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh PN/PKw • Menyerahkan skor kepada SUP • Menyimpan rekod dan evidens ditempat selamat selama 6 bulan selepas keputusan diumumkan • Menyediakan laporan dan menyerahkannya kepada PKw • Memastikan borang penskoran individu yang berpindah sekolah dihantar ke sekolah baru • Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon • Menyelesaikan kes-kes khas UNIT UPSR, SPPMRR
PELAKSANAAN • GRED SEMPADAN SKOR PBS Gred Sempadan Skor adalah julat skor yang menggambarkan pencapaian gred dalam PBS bagi mata pelajaran berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. UNIT UPSR, SPPMRR
PELAKSANAAN Pelaporan PBS dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu: 1. Peringkat sekolah • Pelaporan skor • Borang Markah Individu dan Kelompok / Keseluruhan / Induk • Penyataan / Sijil Pencapaian Kerja Kursus UNIT UPSR, SPPMRR