170 likes | 584 Views
Pengurusan Antarabangsa. Bab 10 PENGURUSAN RISIKO POLITIK & PERUNDINGAN. OBJEKTIF. Penilaian risiko politik. Cara biasa bagi pengurusan dan pengurangan risiko politik. Proses perundingan dan pengaruh perbezaan budaya. Teknik perundingan. PENILAIAN RISIKO POLITIK.
E N D
Pengurusan Antarabangsa Bab 10 PENGURUSAN RISIKO POLITIK & PERUNDINGAN
OBJEKTIF • Penilaian risiko politik. • Cara biasa bagi pengurusan dan pengurangan risiko politik. • Proses perundingan dan pengaruh perbezaan budaya. • Teknik perundingan.
PENILAIAN RISIKO POLITIK • Risiko politik adalah dilihat dari sudut kekangan yang akan dikenakan oleh negara di mana MNC beroperasi. • Risiko politik boleh dianalisa dari segi: • Makro. • Mikro.
Risiko Politik - Makro • Analisa berdasarkan setiap perubahan utama dasar kerajaan yang akan mempengaruhi MNC. • Contoh: • Peningkatan pemerhatian yang dilakukan ke atas MNC dalam menangani masalah ekonomi yang melanda Asia Tenggara.
Risiko Politik - Mikro • Perubahan polisi dan tindakan kerajaan bagi sektor tertentu atau pelaburan dari negara asing tertentu. • Contoh: • Deregulasi industri, cukai bagi bahan tertentu, dan pelbagai kekangan dari perundangan tempatan.
RISIKO PEMILIKAN NEGARA • Pemilikan negara: • Perniagaan MNC dimilik negara oleh kerajaan yang mentadbir. • MNC diberikan sedikit atau tiada pampasan. • Perundangan indigenization: • Perundangan di mana kerajaan mengenakan ianya mengawal operasi syarikat dari segi peratusan (majority interest). • Walaupun terdapat risiko tersebut, MNC lebih menitikberatkan kepada operasi yang memberikan keuntungan.
MENANGANI RISIKO POLITIK • Cara-cara menangani risiko politik: • Rangkakerja yang menyeluruh. • Mengira setiap pembolehubah. • Merangka tindakbalas yang baik.
RANGKAKERJA MENYELURUH • MNC perlu menyenaraikan setiap risiko politik dari berdasarkan kepada kesannya ke atas operasi. • Rangkakerja 3-dimensi (Schmidt: 10-1): • Risiko politik • Pelaburan umum • Pelaburan khas
Rangkakerja: Risiko Politik • Boleh dibahagikan kepada: • Risiko Pemindahan: Polisi kerajaan yang mengawal pemindahan kapital, keuntungan, bayaran, pengeluaran, tenaga kerja, dan teknologi. • Risiko Operasi: Polisi kerajaan yang menghadkan pengurusan dan prestasi bagi operasi tempatan. • Risiko Pemilikan-Kawalan: Polisi kerajaan yang menghalang pemilikan dan kawalan bagi operasi tempatan.
Rangkakerja: Pelaburan • Berdasarkan samaada pelaburan dibuat secara: • Konglomerat: Risiko pelaburan yang tinggi di mana barangan yang dikeluarkan adalah berlainan dari apa yang dikeluarkan di negara asal. • Vertikal: Pengeluaran bahan mentah atau barangan separa siap yang akan diproses untuk barangan siap. • Horizontal: Pengeluaran barangan adalah sama seperti yang dikeluarkan di negara asal.
PEMBOLEHUBAH • Mengenali setiap faktor-faktor yang mempengaruhi risiko politik dan seterusnya membandingkan keputusan dari beberapa negara lain. • Faktor Kuantified: Faktor yang melibatkan persekitaran politik dan ekonomi, suasana ekonomi tempatan, dan suasana ekonomi luaran. • Contoh: Membandingkan risiko pelaburan di Argentina dengan Rusia.
FORMULASI TINDAKBALAS • Setelah risiko politik dikenalpasti melalui rangkakerja menyeluruh atau pendekatan kuantitatif, atau keduanya; MNC akan cuba untuk mengurus risiko tersebut dengan meminimakan atau menghadkan secara pendekatan formulasi tindakbalas. • Perbandingan kuasa tawar-menawar: MNC berusaha untuk mengukuhkan kuasa tawar-menawar dengan negara hos. • Teknik integrasi termasuk mengawal dan bertahan: • Teknik Integrasi: Sebahagian dari infrastruktur adalah dibantu oleh negara hos. • Teknik Mengawal & Bertahan: Tidak mengalakkan negara hos untuk mencampuri urusan operasi MNC.
MENGURUS RUNDINGAN ANTARABANGSA • Rundingan: Proses tawar-menawar dengan satu atau lebih pihak untuk tujuan mendapatkan jalan penyelesaian yang boleh diterima oleh semua pihak. • Proses rundingan: • Merancang: Objektif rundingan, cara memperolehi. • Membina hubungan bukan peribadi: Mengenali rakan rundingan. • Bertukar maklumat yang berkaitan: Menyatakan kedudukan berkaitan isu. • Pemujukkan: Proses penting dalam rundingan. • Persetujuan: Tolak-ansur dan penegasan.
sambungan • Perbezaan budaya mempengaruhi rundingan: • Untuk berunding dengan lebih berkesan, penting bagi anda untuk mengetahui budaya di pihak yang akan membuat rundingan dengan anda.
Taktik Rundingan • Lokasi: • Di mana? Penting bagi rundingan, selalunya pemilihan tempat adalah di pihak neutral. • Tempoh masa: • Penting; jika pihak rundingan berada di bawah tekanan masa, pihak lain boleh mengambil kesempatan. • Hubungan pembeli-penjual: • Bagaimana urusniaga pembeli-penjual? Secara objektif dan bantuan perniagaan.
Gelagat Rundingan • Gelagat keterlaluan: • Sesetangah perunding mengutarakan tawaran yang keterlaluan. • Janji, ugutan, dan gelagat lain: • Untuk mempengaruhi pihak lain. • Gelagat tanpa lisan: • Kebiasaan di dalam rundingan; gaya-badan dan air muka.