270 likes | 940 Views
PENGURUSAN ANTARABANGSA. Bab 7 BUDAYA PENGURUSAN DAN KEPELBAGAIAN. OBJEKTIF. Budaya organisasi. Interaksi diantara budaya negara dan MNC. Kategori budaya pengurusan. Kepelbagaian budaya: Asal dan tahap. Panduan dan prinsip: Membina pelbagai budaya yang berkesan. BUDAYA ORGANISASI.
E N D
PENGURUSAN ANTARABANGSA Bab 7 BUDAYA PENGURUSAN DAN KEPELBAGAIAN
OBJEKTIF • Budaya organisasi. • Interaksi diantara budaya negara dan MNC. • Kategori budaya pengurusan. • Kepelbagaian budaya: Asal dan tahap. • Panduan dan prinsip: Membina pelbagai budaya yang berkesan.
BUDAYA ORGANISASI • Apabila individu bekerja dengan MNC, pekerja tersebut akan membawa bersama budayanya ke dalam organisasi - kepercayaan, sikap, nilai, dan gelagat. • Organisasi cuba menbendung pengaruh budaya individu dalam pengurusan antarabangsa. • Pengurus dan pekerja perlu memahami dan mengikut budaya organisasi bagi memastikan kejayaan perniagaan.
Definasi Budaya Organisasi • Pola anggapan yang dihasilkan oleh kumpulan sebagaimana ia belajar menghadapi cabaran - seperti adaptasi luaran dan integrasi dalaman, • Semuanya diperturunkan kepada individu baru dalam menentukan halatuju seperti pandangan, pemikiran, dan perasaan kepada cabaran yang dinyatakan.
Ciri-ciri Budaya Organisasi • Kesamaan perlakuan – bahasa, terminologi. • Norma kerja – perlaksanaan kerja, kerjasama pengurusan-pekerja. • Pengaruh nilai – kualiti kerja, kecekapan, ponteng kerja. • Falsafah – pernyataan organisasi ke atas pekerja, pelanggan. • Peraturan – produktiviti, pelanggan, kerja-kumpulan. • Persekitaran organisasi – layanan dari pengurusan, perasaan.
Ciri-ciri Budaya Organisasi • Tidak menjanjikan kejayaan sentiasa. • Keberkesanan budaya organisasi di satu tempat, mungkin tidak berjaya di tempat lain. • Keberkesanan menangani kepelbagaian budaya menjadi cabaran kepada organisasi. • Menangani kepelbagaian budaya: • Hoechst AG, German – organisasi “tanpa negara”. • J.C.Penney – “dua budaya”; budaya organisasi di AS tidak sama dengan di Brazil (Renner)
Interaksi Budaya:Negara dan Organisasi • Secara umumnya pendapat menyatakan bahawa budaya pengurusan cenderung ke arah moderasi atau memadam kesan budaya negara. • Contoh: MNC dari US membuka cawangan di Peranchis, menyebabkan pekerja warga Peranchis berfikiran seperti warga US. • Kajian Hofstede.
Kajian Hofstede • Kajian mendapati nilai budaya negara seseorang individu mempunyai kesan besar ke atas prestasi organisasi, • Nilai budaya individu adalah sukar untuk diubah jika ianya mempengaruhi cara ia bekerja.
BUDAYA PENGURUSAN MNC • Ketua dan pekerja – salah satu faktor penentu budaya organisasi. • Integrasi budaya kerana pengabungan atau pengambilalihan – kritikal dalam pengurusan antarabangsa. • Pemerhatian oleh Numeroff dan Abrahams untuk mengatasi sebarang situasi kritikal tersebut: • Kedua organisasi perlu mewujudkan tujuan, matlamat, dan fokus. • Mewujudkan mekanisma dalam menentukan kepentingan struktur organisasi dan peranan pengurusan. • Menentukan kuasa seseorang dalam mendapatkan sumber untuk menyelesaikan tugas. • Menentukan jangkaan dari semua pihak dan berkomunikasi.
Menentukan Budaya Pengurusan bagi MNC • Penentuan budaya pengurusan: • Hubungan secara am di antara pekerja dan organisasi. • Sistem hierarki kuasa yang menjelaskan peranan pengurus dan orang bawahan. • Pandangan umum bahawa pekerja menentukan - tujuan, arah, dan matlamat - dalam diri mereka.
Budaya Pengurusan Trompenaars • Budaya Keluarga • Budaya Menara Eiffel. • Budaya Peluru. • Budaya Pengeraman.
Budaya Keluarga • Penekanan yang kuat ke atas hirarki dan orientasi pada individu. • Pemusatan kuasa dan ketua. • Ketua mengambil berat kebajikan pekerja (seperti keluarga) dan tahu apa yang terbaik untuk pekerja. • Pekerja mendapatkan nasihat dan petunjuk perbualan penting. • Ciri: tradisi, budaya, pertalian – orang luar tidak diterima atau sukar menjadi ahli.
Budaya Menara Eiffel • Penekanan yang kuat ke atas hirarki dan orientasi tugas. • Ciri kerja diperinci; setiap pekerja tahu apa yang perlu dilakukan dan dikoordinasi oleh pihak pengurusan. • Ketiadaan ketua tidak menjejaskan kelancaran operasi organisasi; malah boleh diganti. • Perhubungan adalah khusus dan status kerja adalah tetap.
Budaya Peluru • Penekanan kuat ke atas persamaan di tempat kerja dan orientasi tugas. • Menekankan budaya “bekerja” oleh kumpulan – kerja berdasarkan projek (NASA). • Persilangan kepakaran bagi mengendalikan sesustua projek. • Ahli kumpulan tidak kekal – berdasarkan projek.
Budaya Pengeraman • Penekanan yang kuat ke atas persamaan dan orietasi peribadi. • Organisasi memberi peluang kepada pekerja untuk mendapatkan kepuasan kerja. • Struktur organisasi adalah tidak formal. • Individu memainkan peranan tertentu dalam kerja kreatif mencari penemuan baru. • Budaya diamalkan dalam organisasi baru berniaga berkembang; bertukar budaya.
Budaya Pengurusan dan Keinginan Negara • Empat budaya pengurusan ygn dinaytakan oleh Trompenaars adalah jenis yang “tulin” dan jarang dipraktikkan. • Budaya pengurusan adalah bercampur (Teks; Jadual 7-3), dan berlapis di antara mereka. • Kajian seterusnya mendapati… MNC yang beroperasi di pelbagai negara perlu menyesuaikan diri dengan budaya tempatan bagi menepati budaya negara tersebut.
Mengurus Pelbagai Budaya dan Kepelbagaian Fasa perkembangan bagi pelbagai budaya: • Kesan dari kepelbagaian budaya adalah perbezaan berdasarkan peringkat evolusi di dalam firma antarabangsa: • Fasa 1: Firma domestik • Fasa 2: Firma antarabangsa • Fasa 3: Firma multinasional • Fasa 4: Firma global
Firma Domestik • Perniagaan dalam negeri. • Kepelbagaian budaya luar tidak mempengaruhi organisasi, maupun pelanggan.
Firma Antarabangsa • Mengekspot barangan keluar negara. • Pendekatan dan barangan berdasarkan pasaran tempatan. • Bergantung kepada pekerja asing bagi pengurusan organisasi. • Kesan kepelbagaian budaya yang ketara dalam hubungan dengan pembeli dan pekerja asing. • Penumpuan kepelbagaian budaya dari dalam ke luar organisasi.
Firma Multinasional • Harga barang memainkan peranan. • Kesan budaya berkurangan. • Kurang penekanan ke atas pengurusan perbezaan budaya di luar organisasi. • Menumpukan kepada kepelbagaian budaya dalaman; kerana mengaji pekerja dari seluruh dunia.
Firma Global • Kesan budaya amat penting. • Memberikan tumpuan kepelbagaian budaya dalaman dan luaran. • Organisasi menumpukan keberkesanan kerja dengan pekerja dalaman; dan pelanggan, rakan niaga, dan pembekal,
Jenis Kepelbagaian Budaya • Pelbagai budaya domestik: • Tidak perlu bagi firma untuk berurusan di negara luar untuk mengalami kepelbagaian budaya; malah di dalam negara sendiri juga boleh dialami kepelbagaian budaya tersebut. • Contoh: Organisasi di Malaysia, mengaji pekerja – Melayu, Cina, dan India. • Pelbagai budaya kumpulan (4 jenis): • Kumpulan homogen (homegenous) – pandangan sama. • Kumpulan bersimbol (token) – ahli mempunyai latarbelakang sama. • Kumpalan dua-budaya (bicultural) – individu/kumpulan mewakili dua budaya. • Kumpulan multi-budaya (multicultural) – individu-individu dari pelbagai budaya.
Masalah dengan Kepelbagaian • Tiada kerjasama: • Kepelbagaian menyebabkan tiada kerjasama dalam membuat keputusan, produktif, dan mengwujudkan suasana kerja yang kondusif untuk lebih effisien dan effektif. • Pandangan: • Kepelbagaian menyebabkan kumpulan membawa bersama-sama mereka anggapan stereotaip (sejenis). • Lain-lain: • Keputusan berkumpulan, masalah komunikasi, masa yang berbeza.
Kelebihan Kepelbagaian • Kreatif: • Menambah kreativiti, membuat keputusan yang baik, dan suasana effektif dan perkembangan yang produktif. • Penghasilan idea: • Pelbagai cadangan yang unik berdasarkan budaya yang berlainan. • Menghalang pemikiran kumpulan dominan/tertentu: • Menekan individu untuk menerima keputusan secara berkumpulan yang menyeluruh.
Membina Keberkesanan Kumpulan Pelbagai Budaya • Kumpulan yang terdiri dari pelbagai budaya berpotensi samaada amat effektif atau amat tidak effektif. • Untuk menjadikan kumpulan tersebut effektif, mereka hendaklah menghadapi tugas innovatif (di mana tugas rutin adalah tidak digalakkan). • Garispanduan adalah penting dalam menentukan gelagat kumpulan pelbagai budaya.