100 likes | 369 Views
QSS 5012 – Pengurusan & Pengelolaan Kokurikulum. Pengertian Kokurikulum. Pengenalan.
E N D
QSS 5012 – Pengurusan & Pengelolaan Kokurikulum Pengertian Kokurikulum
Pengenalan Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan samada melalui badan beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan.
Sejarah • Aktiviti kokurikulum di sekolah bermula sejak zaman • penjajahan British. • 1909 - ditubuhkan pasukan Pengakap sekolah yang pertama di Singapura. • 1956 - Penekanan aktiviti kokurikulum oleh Kementerian Pendidikan secara berkumpulan di dalam surat arahan School Course of Studies Regulation 1956. • 1985 - Mata pelajaran kokurikulum yang mengambil masa 60 minit dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan dalam KBSR.
Konsep • Sekitar tahun 60-an dan 70-an umumnya kokurikulum dianggap sebagai aktiviti yang berasingan dan ia tidak begitu penting dalam perkembangan dan proses pengajaran serta pembelajaran pelajar di sekolah. • Kini diterima sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah tetapi masih kurang mendapat tempat sewajarnya berbanding kurikulum akademik. • Realitinya di antara kokurikulum dan kurikulum saling berkaitan dan segala aktivitinya dapat mengukuhkan dan mengayakan pembelajaran pelajar di dalam kelas.
Falsafah • Gerak kerja kokurikulum diasaskan atas kepercayaan bahawa : • Semua murid mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan. • Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan sebaya. • Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (intelek) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. • Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan masyarakat. • Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan • peranan dalam mendidik murid.
Matlamat (sambungan) • Perimbangan antara perkembangan intelek (akademik) • dengan perkembangan jasmani, rohani dan emosi • Menyemai nilai-nilai pendidikan dalam gerak kerja kokurikulum • Pengisian masa lapang dengan berfaedah.