290 likes | 1.19k Views
KONVENSYEN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KE-18 16 – 19 September 2005. Tajuk;. Aplikasi Pendekatan Inkuiri Dalam Persekitaran Pembelajaran Berasaskan WEB. Oleh: Dr. Irfan Naufal Umar Sajap Maswan Universiti Sains Malaysia. Pengenalan.
E N D
KONVENSYEN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KE-18 16 – 19 September 2005 Tajuk; Aplikasi Pendekatan Inkuiri Dalam Persekitaran Pembelajaran Berasaskan WEB Oleh: Dr. Irfan Naufal Umar Sajap Maswan Universiti Sains Malaysia
Pengenalan • Malaysia adalah merupakan antara 20 buah negara yang penduduknya menjadi pengguna internet teramai di dunia dan juga merupakan antara 5 negara pengguna internet teramai di Asia (Internet World Star, 2004). • Kini terdapat banyak laman web pendidikan dari seluruh dunia dalam pelbagai bidang mata pelajaran yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar sebagai sumber P & P. • Contoh Laman Web Pendidikan (EWS)- Portal Pendidikan Utusan,TM School Net, Cikgu Net dan lain-lain.
Pengenalan (samb.) • Kini telah banyak laman-laman web pendidikan dan koswer dalam format laman web yang telah dibina untuk bahan pengajaran di sekolah • Kebanyakan laman web untuk pendidikan adalah dibina berasaskan pendekatan tutorial; • Fokus-Paparan maklumat dan pemindahan maklumat • Aras pengetahuan rendah – mengingat kembali • Dari segi interaktiviti, kebanyakannya tertumpu kepada soalan aneka pilihan dan aktiviti mudah. • Tidak menekankan pendekatan inkuiri dan pemikiran saintifik (Hanifi, Ahmad et. al. , 2003)
Pengenalan (samb.) • Peningkatan dalam penggunaan internet dan laman web belum menjamin berlakunya peningkatan di dalam pencapaian pelajar terutama dalam aspek pemikiran tahap tinggi. • Teori dan Model pembelajaran adalah di antara faktor yang perlu diberi pertimbangan di dalam proses pembinaan laman web pendidikan. • Kertas kerja ini cuba mengenengahkan cadangan dalam rekabentuk laman web pendidikan (EWS) yang dibina berdasarkan pendekatan inkuiri terbimbing yang dirasakan sesuai bagi meningkatkan pencapaian & minat pelajar
Inkuiri • Pembelajaran berasaskan pendekatan inkuiri bukanlah sesuatu yang baru. • Philip (2004), menyatakan “ sekiranya kita tanya kepada sepuluh orang pendidik yang berlainan untuk mendefinasikan ‘inkuiri’ nescaya kita akan mendapat sebelas definisi yang berbeza tentangnya” • Inkuiri digunakan dalam berbagai mata pelajaran; sains, sains sosial dan sebagainya.
Teori-Teori Pembelajaran • Teori Behaviorisme- Perubahan Tingkahlaku-peneguhan dan maklum balas. Cth; EWS yang menyediakan soalan-soalan dan latihan (latih-tubi) • Teori Kognitif – kemahiran pengkodan,menyimpan dan mengingat kembali.Cth; EWS yang mengikut urutan/objektif. • Konstruktivisme pelajar aktif membina pengetahuan mereka; Cth. EWS yang membenarkan pelajar berfikir dan menyelesaikan masalah.
Lawson (1995) • Model Kitar Pembelajaran (learning cycle) dalam pembelajaran konstruktivis. • Tiga elemen kitar pembelajaran; • penerokaan • pengenalan terma • aplikasi konsep • Model ini digunakan di dalam membina langkah-langkah pembelajaran di dalam persekitaran laman web yang dibina
(Collins & Stevens,1983) Inkuiri Terbimbing • Tiga perkara utama yang menjadi komponen kaedah pengajaran inkuiri iaitu; • Set-set matlamat yang guru bina. • Set-set strategi untuk mendapatkan matlamat tersebut. • Mekanisme untuk menentukan bilakah dan apakah matlamat yang ingin dicapai.
Collins & Stevens (1983) mencadangkan 10 strategi; • Memilih contoh positif & negatif • Mempelbagaikan kes-kes secara sistemmatik • Memilih contoh-contoh penilaian • Menjana kes-kes hipotesis • Membentuk hipotesis • Menguji dan menilai hipotesis • Mempertimbangkan ramalan alternatif • Memerangkap pelajar • Mengesan sebab-sebab penyangkalan • Mempersoalkan autoriti
Inkuiri Terbimbing • Melalui inkuiri terbimbing guru bertindak sebagai fasilitator yang mencetuskan persoalan-persoalan untuk merangsang pelajar supaya terus membuat penerokaan (Schulman & Tamir, 1973) • Di dalam pembelajaran berasaskan persekitaran web pendidikan, peranan guru akan dilakukan oleh program komputer. • Inkuiri terbimbing yang dicadangkan digunakan bagi melaksanakan pembelajaran di dalam persekitaran laman web pendidikan yang dibina.
Pembinaan Bahan Model Pengembangan Instruksi • Untuk membangunkan bahan berasaskan web Thomas (1996) mencadangkan; • Model Dick dan Carey (1990) bagi membangunkan laman web yang dibina berasaskan pendekatan tutorial b) Model Rekabentuk Hipermedia oleh Spiro (1991)bagi membangunkan laman web yang dibina berasaskan pendekatan inkuiri
Pembinaan Bahan (samb.) Kaji semula instruksi Buat analisis instruksi Tulis objektif prestasi Bina instrumen pertaksiran Bina strategi intruksi Bina & pilih bahan instruksi Reka bentuk & jalankan penilaian formatif Kenalpasti matlamat intruksi Analisis pelajar dan konteks Reka bentuk & jalankan penilaian sumatif Rajah 4: Model Pengembangan intruksi yang dicadangkan oleh Dick, Carey dan Carey (2001)
Kenalpasti kes-kes (permasalahan) bersama dengan domain Menentukan domain pembelajaran - Kenalpasti thema & perspektif Membenarkan pelajar mengawal sendiri pelayaran (navigation) berdasarkan permasalahan Panduan/pautan ke bahagian berkaitan dengan permasalahan Fokus kepada pemantauan diri pelajar (learner self-reflection) - Disesuaikan daripada Model Rekabentuk Hipermedia yang dicadangkan oleh Spiro (1991) Pembinaan Bahan (samb.)
Pembinaan Bahan (samb.) Pembinaan Laman web PSV berasaskan pendekatan inkuiri terbimbing • Kitar Pembelajaran(Learning Cycle) • Langkah-langkah Pembelajaran • Laman Web yang dibina
Pembinaan Bahan (samb.) • Pembinaan Laman web PSV berasaskan pendekatan tutorial • Langkah-langkah pembelajaran • Laman web yang dibina
Kajian berkaitan dengan Inkuiri Terbimbing • Inkuiri terbimbing dirasakan sangat sesuai untuk pembelajaran dalam persekitaran WEB di sekolah kerana; • Banyak kajian mendapati pelajar tidak membuat keputusan dengan baik dalam pembelajaran berasaskan komputer yang memberi kebebasan mengawal sendiri pembelajaran mereka. • (DiVesta, 1975; Steinberg, 1988; Tensyon & Rothen, 1979)
Kajian Inkuiri Terbimbing • Banyak kajian inkuiri adalah dalam konteks pembelajaran di dalam bilik darjah • Ivins (1986) mendapati pelajar dalam kumpulan inkuiri (induktif) lebih cemerlang dalam menjana dan mengembangkan isi pelajaran berbanding pelajar dalam kumpulan tradisional (deduktif) dalam aktiviti makmal sains. • Lott (1983) mendapati pendekatan inkuiri lebih positif ke atas pelajar tahap sederhana dan lebih cemerlang untuk pelajar tahap tinggi.
Kajian Inkuiri Terbimbing • Carlson (1975) mendapati bahawa kumpulan pelajar inkuiri adalah lebih cemerlang di dalam kemahiran secara formal dalam sains fizikal. • Morvant (2001) mendapati inkuiri terbimbing telah berjaya meningkatkan pencapaian pelajar di dalam pembelajaran mereka. • Kitar pembelajaran adalah salah satu model pembelajaran berasaskan inkuiri yang sangat berkesan dan telah banyak digunakan di dalam mereka bentuk bahan pengajaran.
Kajian Inkuiri Terbimbing • Banyak kajian menunjukkan pendekatan pembelajaran melalui kitar pembelajaran telah dapat meningkatkan pencapaian, mampu memberikan penjelasan tentang sesuatu konsep dengan lebih jelas, dapat meningkatkan pemikiran sains, dan dapat meningkatkan kebolehan memberikan hujahan di kalangan pelajar. (Ibraham & Renner, 1986; Ivins, 1986;Mc Comas, 1992; Ragubir, 1979; Ibraham & Birnie, 1985)
Kajian Inkuiri Terbimbing • Musheno dan Lawson (1999) : pelajar yang belajar menggunakan bahan teks yang dibina berasaskan kitar pembelajaran adalah lebih mudah faham dan kesan ingatan jangka panjang mereka adalah lebih baik berbanding pelajar yang menggunakan bahan teks yang dibina berasaskan pendekatan tradisional. • Bland, Sunberg dan Goldston (2004) : modul yang dibina menggunakan pendekatan kitar pembelajaran secara on-line telah dapat meningkatkan kefahaman serta kebolehan guru-guru pelatih menjalankan pengajaran di dalam mata pelajaran sains.
Sekian Terima Kasih
Kitar Pembelajaran PENEROKAAN PENGENALAN TERMA APLIKASI KONSEP PENEROKAAN PENGENALAN TERMA APLIKASI KONSEP KEMBALI
Gambarajah: Langkah-langkah pembelajaran dalam inkuiri terbimbing Pengenalan Kemukakan Soalan Menjawab Soalan dan Maklum Balas Penerokaan/Bimbingan Membina Konsep/Peraturan Pindahkan Konsep/Peraturan kepada Penyelesaian Masalah Baru KEMBALI
Gambarajah: Struktur dan langkah-Langkah Umum dalam Tutorial (Sumber Allessi & Trollip) Persembahan Maklumat Soalan dan Tindak Balas Bahagian Pengenalan Maklum Balas atau Ulang Kembali Keputusan Tindak Balas Penutup KEMBALI