1 / 16

PENILAIAN DAN PENYENGGARAAN BINAAN KONKRIT KH4363

PENILAIAN DAN PENYENGGARAAN BINAAN KONKRIT KH4363. Prof. Dr Hj. Kamarudin Mohd Yusof Ir Dr Abdul Khalim Abdul Rashid Puan Roszilah Hamid http://pkukmweb.ukm.my/~drkmy/ppbk/. Membaiki Binaan Konkrit Bumbung dan Lantai. 2. Membaiki Konkrit Bumbung dan lantai.

muncel
Download Presentation

PENILAIAN DAN PENYENGGARAAN BINAAN KONKRIT KH4363

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENILAIAN DAN PENYENGGARAAN BINAAN KONKRIT KH4363 Prof. Dr Hj. Kamarudin Mohd Yusof Ir Dr Abdul Khalim Abdul Rashid Puan Roszilah Hamid http://pkukmweb.ukm.my/~drkmy/ppbk/ Membaiki Binaan Konkrit Bumbung dan Lantai

  2. 2 Membaiki Konkrit Bumbung dan lantai • Membaiki lantai konkrit • Sebelum kerja membaiki - perlu lakukan tinjauan lengkap kerosakan lantai Tentukan punca kerosakan lantai. • Dalam rekabentuk kerja menyenggaraan lantai perlu diambil kira pengunaan lantai masa depan. • Jika ruang lantai luas - gridkan kawasan lantai antara 1 - 3 meter tiap grid bagi memudahkan analisis dan kerja pembaikan. • Antara kerosakan lantai berpunca daripada: • Tumpahan bahan kimia agresif dan asid. • Haus kerana roda mesin. • Perkadaran konkrit ketika binaan tidak sesuai untuk beban yang dikenakan dalam penggunaan. • Tidak cukup diawet ketika ‘concrete casting’ • Penyiapan permukaan konkrit tidak mencukup sebelum turapan permukaan lantai dilakukan.

  3. 3 Membaiki Konkrit Bumbung dan lantai • Rekahan yang ber;laku pada lantai, antara puncanya ialah: • Pemendapan pada ‘subgrade’ sehingga mengurangkan asas sokongan lantai. • Kerosakan atau salah rekabentuk pada sambungan pergerakan (movement joints). • Pembebanan yang sangat tinggi terfokus pada sesuatu kawasan lantai yang tidak direka khusus untuk itu. • Membaiki Papak Lantai (Floor Slab) • Penyediaan Permukaan: perlu dibersihkan permukaan lantai yang rosak/hendak dibaiki supaya bersih daripada habuk/debu, kering, tiada kesan bahan kimia dan gris dsbnya. • Kaedah terbaik untuk ini dengan menggunakan hentaman keluli (steel shot blasting) dan vakuum. • Jika air boleh digunakan dan dengan mudah dialirkan, boleh menggunakan asid hidroklorik 10% yang disapukan ke permukaan dan dipancutkan dengan tembakan air.

  4. 4 Permukaan lantai yang telah dilakukan steel blasting dan vacuum dan yang belum dilakukan. Membaiki Konkrit Bumbung dan lantai • Penampalan lapisan nipis terikat. • Membaiki dengan kaedah ini apabila berlaku kerosakan pada papak lantai kerana berlopak dan tidak melibatkan kawasan besar. • Perlu dipotong bentuk segi empat mengelilingi kawasan rosak pada jarak kira-kira 10cm terkeluar daripada kawasan rosak. Dan dipotong sedikit condong kedalam.

  5. 5 Membaiki Konkrit Bumbung dan lantai • Bahagian yang telah dipotong direndamkan air /basahkan semalaman sebelum dilakukan penampalan. Air ini dibuangkan sebelum kerja penampalan. • Mortar / konkrit yang ditampalkan perlu dipadatkan sebaiknya. • Permukaan tampalan kemudiannya dilicinkan supaya serupa dengan lantai asal. • Diawet dengan menutup dengan lapisan plastik selama sekurang-kurangnya 3 hari. Atau gunakan simen cepat keras jika tidak boleh diawet lama. • Untuk meningkatkan kekuatan ikatan antara konkrit lama dan bahan tampal sapukan selapis lapisan epoksi pada permukaan. Dan bahan tampalan digunakan ialah bahan mortar polimer. • Jika lantai yang dibaiki terdapat sambungan (joint), perlu dipasangkan acuan (form) untuk membentuk semula birai-birai sambungan berkenaan.

  6. 6 Membaiki Konkrit Bumbung dan lantai

  7. 7 Membaiki Konkrit Bumbung dan lantai • Nisbah bahan konkrit dan mortar yang digunakan: • Untuk lantai beban berat: Bahan -konkrit - 1 (OPC/RHPC):2.5(pasir):2.5(agregat 10mm, air secukupnya untuk slump 30-60mm • Untuk Lantai beban ringan: Bahan Mortar - 1(OPC/RHPC): 3 (pasir agak kasar) • Lebih baik ditambah polimer stairin butadien ke dalam bahan penampalan bagi menambah ikatan antara konkrit lama dan baru. Jika menggunakan ini proses pengawetan hanya perlu 24 jam.

  8. 8 Membaiki Konkrit Bumbung dan lantai • Membaiki sambungan lantai (joints) • Sebelum dijalankan kerja membaiki, perlu diketahui penggunaan lantai pada keadaan semasa kerana ada beberapa faktor yang mempengaruhi kaedah kerja membaikinya. • Jenis pengunaan lantai berkenaan sama ada basah atau kering. Lantai yang kerap basah mungkin menyebabkan pergerakan lembapan lebih besar. • Berat beban dinamik yang dialami. Mempengaruhi pada pergerakan kerana kesan rayapan. • Kecerunan suhu dalam bangunan berkenaan. Pergerakan terma. • Jenis sambungan: pengembangan (expansion), pengecutan (contraction) atau nyah tegasan (stress relief). • Faktor ini perlu dikaji bagi menentukan saiz ruang (gap) yang disediakan pada sambungan asal masih diperlukan atau tidak. Pada kebiasannya ruang itu boleh dikurangkan ke 6 - 10 mm sahaja. • Jika masih berlaku pergerakan, ruang perlu disediakan tapi jika tidak ruang pada sambungan boleh ditutup terus.

  9. 9 Membaiki Konkrit Bumbung dan lantai • Kaedah Membaiki Sambungan Lantai • Lakukan kerja pembersihan kerosakan. Iaitu bahagian birai (edges) lantai konkrit pada kawasan sambungan yang rosak perlu dipotong dan dibuang. Semua bahan penutup asal (sealant) dalam ruang sambungan perlu dibuang dan kesannya dibersihkan. • Bahagian birai sambungan yang rosak dan telah dipotong perlu di buat semula dengan menggunakan campuran mortar epoksi kepada saiz asal ruang sambungan atau lebih kecil. • Jika pergerakan lantai masih (dijangka) berlaku, ruang (gap) ini perlu disediakan. Jika hasil kajian mendapati tidak diperlukan lagi kerana tiada pergerakan, ruang ini boleh ditutup terus. • Setelah mortar epoksi pada birai sambungan itu keras, ruang sambungan lantai itu perlu diisikan dengan bahan fleksibel seperti neoprene bagi menutup sambungan lantai berkenaan.

  10. 10 Membaiki Konkrit Bumbung dan lantai • Kaedah Membaiki Rekahan pada Lantai (bukan struktur) • Antara sebab kerja ini dilakukan ialah menghalang penyerapan air/cecair melalui rekahan lantai, apabila kerja pelapisan/turapan permukaan baru dilakukan. • Perlu dikaji sama ada rekahan pada lantai ini “hidup” atau tidak. Ini perlu jika rekahan hidup, bahan yang digunakan mesti dari jenis fleksibel bagi memberi ruang pada pergerakan yang berlaku. • Antara bahan fleksibel : bitumen getah, resin epoksi khas dan polyurethane, atau lateks dari getah asli atau tiruan. • Jika rekahan lebih kecil daripada 0.25mm, bahan digunakan mesti berkelikatan rendah supaya mudah mengalir. • Jika rekahan besar sehingga 0.5mm, perlu dikorek sedikit sepanjang rekahan dan cuci semua habuk dengan angin mampat, kemudian dengan menggunakan berus, sapu ke dalam rekahan grout lateks-simen atau resin polimer.

  11. 11 Membaiki Konkrit Bumbung dan lantai • Kaedah Membaiki Rekahan pada Lantai (bukan struktur) • Jika rekahan yang lebih besar, perlu dipotong supaya bukaan lebih besar dan dicuci semua bahan konkrit yang rosak dengan udara mampat dan seterusnya dibasahkan untuk semalaman. • Penampalan rekahan dilakukan dengan menggunakan mortar (pasir + simen) bersama lateks stairin butadien. Kemudian mortar ini perlu di awet sekurang-kurangnya 4 hari bermula 24 jam selepas penampalan siap. • Selang beberapa minggu jika wujud rekahan halus dikeliling bahagian penampalan, gunakan berus untuk menyapu grout simen/lateks ke atas rekahan halus berkenaan.

  12. 12 Membaiki Konkrit Bumbung dan lantai • Kerja melapis lapisan membran rintangan lembapan dalam lantai. • Dilakukan apabila lapisan ini tiada diletakkan ketika pembinaan atau lapisan yang asal telah rosak. • Kerja membaiki ini lebih rumit apabila perubahan aras lantai tidak dibenarkan atau tidak sesuai kerana asas lantai asal perlu dibuang. • Turapan asas lantai kesemuanya dibuang dengan memecahkannya dan dibersihkan. Jika ada lapisan membran asal perlu dibuang dan dibersihkan. • Kemudian membran baru diletakkan sama ada dalam bentuk lapisan asfal mastik, bitumen, resin polimer (in-situ type) atau PVC, poliethilen, getah butil atau poliisobutilen (sheet type). Lapisan membran ini perlu lebih tebal. • Kemudian lapisan simen konkrit diletakkan menutup permukaan lantai ketika bahan membran masih dalam keadaan plastik (jenis insitu).

  13. 13 Membaiki Konkrit Bumbung dan lantai • Jika perubahan aras lantai dibenarkan, turapan asal lantai kesemuanya tidak perlu dibuang. Cukup membuang lapisan atas (screed) permukaan lantai dan dibersihkan permukaan asas turapan lantai supaya kemas. • Atas turapan lantai yang telah dibersihkan ini perlu disapukan bahan membran sama ada jenis in-situ atau jenis lapisan. Oleh itu perlu sekali permukaan asas ini bersih dan licin. • Tebal membran ini mesti mencukupi (biasanya 1 - 10mm bergantung pada jenis bahan) supaya tidak rosak ketika kerja turapan permukaan atas lantai dilakukan. • Apabila menggunakan jenis lapisan, tentukan tepi lapisan bertindihan dan dilekatkan dengan bahan perekat yang tahan terhadap lembapan atau pelarut. • Seterusnya lapisan kemasan permukaan lantai diletakkan sekurang-kurangnya setebal 40mm. Dan jika ada jubin dan sebagainya perlu diletakkan ketika permukaan masih belum kering.

  14. 14 Membaiki Konkrit Bumbung dan lantai • Membaiki kerosakan Bumbung KonkritSupaya Kalis Air. • Tujuan kerja membaiki bumbung bangunan yang perlu kalis air supaya tiada berlaku kebocoran serapan di semua bahagian termasuk pada sambungan. • Membaiki bumbung agak rumit terutama untuk mengesan kedudukan kebocoran kerana biasanya terdapat lapisan penutup kalis air lama yang menyukarkan pengesanan kebocoran. Oleh itu perlu kerja membaiki bumbung sebegini dilakukan secara keseluruhan bumbung. • Perlu mencari lokasi sebenar bocor (mungkin berlaku rekahan/ pada sambungan), mengantikan satu lapisan penutup permukaan bumbung dengan lapisan setelah lokasi kebocoran di tentukan dan dibaiki. • Kaedah mengenakan lapisan penutup ialah dengan secara tanpa lekat (unbonded) atau dilekatkan (bonded). Antara bahan lapisan (tanpa lekat) yang boleh digunakan ialah lapisan nipis PVC, lapisan polimer lateks, roofmats dan sebagainya. • Atau dengan kaedah sapuan (bonded). Iaitu dengan menyapu satu lapisan kalis air seperti asfal, bahan kalis bercampur tar, bitumen atau polimer organik dan sebagainya.

  15. 15 Membaiki Konkrit Bumbung dan lantai

  16. 16 Membaiki Konkrit Bumbung dan lantai

More Related